Berita

Zidane pening kepala | Harian Metro

Zidane pening kepala | Harian Metro 1

Zidane pening kepala | Harian Metro 2

Madrid: Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane berasa gusar apabila Federico Valverde mengalami kecederaan ketika saingan La Liga bertemu Valencia.

Pemain tengah Uruguay, yang menjadi tonggak utama dalam taktikal Zidane musim ini, dikeluarkan berbaki 15 minit dan penyandang juara liga itu dibelasah 1-4 sehingga tergelincir ke tangga keempat.

Ia adalah persembahan yang diakui Zidane sukar untuk diterangkan namun lebih meresahkan mendapat khabar berita kurang senang 24 jam selepas perlawanan hura-hara di Mestalla.

Real mengesahkan semalam bahawa, Valverde mengalami kecederaan kaki yang serius dan terpaksa berehat panjang.

“Berdasarkan ujian yang dilakukan ke atas pemain kami, Federico Valverde, dia disahkan mengalami retak di bahagian tulang di bahagian tapak kaki kanan,” kata kelab berkenaan dalam satu kenyataan.

Ketiadaan Valverde bakal memberikan keresahan buat Zidane, apabila pasukan mereka bakal berdepan Villarreal dan Inter Milan selepas rehat perlawanan antarabangsa.

Minggu lalu, Eden Hazard dan Casemiro terpaksa diasingkan daripada skuad selepas diuji positif Covid-19.

Hazard menjaringkan ketika Real mengalahkan Real Huesca 4-1 31 Oktober lalu, sementara Casemiro beraksi dalam semua perlawanan liga musim ini.

Zidane pening kepala | Harian Metro 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo