Uncategorized

Boring Company Milik Elon Musk, Bakal ‘Disrupt’ Industri Terowong


Siapa sangka industri pembinaan terowong bawah tanah pun diminati oleh bilionaire terkenal iaitu Elon Musk. Beliau yang merupakan CEO syarikat Tesla & Space X dilihat serius ingin melakukan perubahan dalam industri ini.

Walaupun Tesla umumkan mengalami kerugian Q2 dan merosot 11%, ada satu lagi berita baik untuk Elon Musk. Boring Company telah pun mendapat pelaburan $120 juta daripada seorang venture capitalist. BNN melaporkan syarikat tersebut telah pun meluluskan penjualan saham bernilai $120 juta.

Bermaksud, pelaburan ini sebagai tambahan kepada $113 juta pelaburan yang sedia ada. Sangat menakjubkan!

Awalnya Boring Company ini merupakan idea yang  gila dan sekadar mengisi masa lapang Elon Musk. Bayangkan, nak cari nama syarikat pun bertanya kepada warga Twitter.

Sudahlah nama syarikat bermula daripada Twitter, projek Boring Company ini pula mendapatkan kecaman banyak pihak termasuklah mereka yang bertaraf PHD dan sebagainya.

Namun, Elon Musk seperti biasa tenang dan meneruskan agenda beliau. Steve Jurvetson, seorang venture capitalist daripada DFJ Firm yang juga merupakan pelabur baru Boring Company mengatakan, “ Syarikat pembinaan terowong bawah tanah berada dalam pasaran sejak tahun 1800. Seperti mana industri lain, pasaran ini perlu mempunyai ‘distruptive new entrant’. Boring Company dilihat lebih menarik jika mampu menyiapkan terowong pada kos yang lebih rendah dan performance yang lebih bagus.”

Steve merupakan kawan lama Elon Musk yang juga pernah melabur dalam Paypal, Tesla dan Space X. Jika anda ingin mendalami cerita mengenai Elon Musk, boleh terus klik di sini.

Artikel ini disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis di InvestorMY

Adakah anda rasa Boring Company mampu melakukan sesuatu, atau hanya akan tinggal satu impian sahaja?

Komen

komen





Source link