Artikel Terkini

Budak Umur 10 Tahun Jual Mangga Untuk Beli PS4, Nak Seribu Daya


Terkejut juga bila baca tajuk ni kan? Maklumlah, ingatkan budak 10 tahun tak tahu apa-apa. Kalau nak sesuatu, mesti mintak dengan mak ayah.

Tapi ternyata Danish Izzuddin bukanlah macam budak lain yang sebaya dengannya. Di kala sekolah terpaksa ditutup dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19 ini, beliau mula berniaga demi mendapatkan wang bagi memenuhi kehendak hati.

Menetap di Puchong, ramai penduduk sekitar mula mencari beliau untuk mendapatkan produk jus mangga dan produk mangga yang dijual adik Danish ini. Malah, ada yang di luar Selangor tak lepaskan peluang untuk membelinya.

Lagi terbaik apabila ada insan hebat yang bank-in duit untuk disedekahkan kepada orang ramai. Memang luar biasa sungguh!

Kredit: Twitter Sally_Dinie

Disebabkan keadaan semasa yang dan kegawatan ekonomi yang berlaku, nak taknak kita kena berdepan dengan norma baru. Daripada kita mengeluh dan komplen, apa kata kita buat sesuatu untuk berdepan dengan situasi ini.

Ini idea untuk anda mula:

Kita jaga kita!





Source link