Artikel Terkini

Bursa AS catat kejatuhan, pelabur risau pemulihan ekonomi



NEW YORK: Saham di pasaran Amerika Syarikat (AS) jatuh untuk hari kedua berturut turut selepas pelabur terus risau berkenaan pemulihan yang perlahan dalam ekonomi.

Dagangan turut dipengaruhi amaran Pengerusi The Fed, Jerome Powell tentang ancaman kemelesetan yang lebih berpanjangan akibat arahan penutupan berkaitan COVID-19.

Antara saham yang mencatatkan kejatuhan mendadak adalah saham syarikat tenaga dan bank.

Ini adalah industri yang memerlukan ekonomi yang baik untuk keuntungan meningkat.

Pasaran dilaporkan berbelah bahagi sejak beberapa minggu lepas.

Ini didorong sentimen positif berkenaan pembukaan semula ekonomi.

Namun ia turut dihantui kerisauan berkenaan kesan pembukaan terlalu pantas kepada kesihatan.

Pada penutup Indeks Dow Jones jatuh lebih 500 mata, Nasdaq jatuh 136 mata dan Indeks S&P 500 jatuh 50 mata.





Source link

Related Posts