Artikel Terkini

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan serangan atas pangkalan tentera AS di Iraq



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah 1.25 peratus berikutan laporan berita mengenai serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di Iraq yang meningkatkan ketegangan sedia ada di Timur Tengah, berikutan pembunuhan seorang komander tertinggi Iran di Baghdad minggu lepas.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 20.26 mata kepada 1,590.78 daripada 1,611.04 semasa ditutup semalam.

Di papan skor, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 354 berbanding 79, manakala 155 kaunter kekal tidak berubah, 1,349 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 271.02 juta saham bernilai RM104.69 juta.

BACA: Iran mula serang pangkalan tentera AS, puluhan peluru berpandu dilancar

BACA: [LANGSUNG] Iran mula serang pangkalan tentera AS

— BERNAMA





Source link

Related Posts