Artikel Terkini

Bursa Malaysia lanjutkan tempoh serahan penyata kewangan



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd memberikan lanjutan masa untuk penerbit tersenarai menyerahkan penyata kewangan masing-masing, satu lagi pendekatan bagi membantu dan menyokong penerbit tersenarai dalam tempoh mencabar ini berikutan wabak COVID-19.

Bursa Malaysia juga memberikan fleksibiliti yang lebih besar bagi pengumpulan dana menerusi peningkatan had mandat umum untuk terbitan sekuriti baharu, dan memberikan bantuan tambahan untuk mengurangkan pematuhan terhadap peraturannya.

Langkah bantuan tambahan ini dilaksanakan susulan mengambil perhatian terhadap tindakan dasar oleh kerajaan untuk mengurangkan cabaran berkaitan pemulihan perniagaan dan operasi penerbit tersenarai.

“Langkah sementara ini bertujuan mengurangkan pematuhan oleh penerbit tersenarai dan melancarkan pengumpulan dana untuk keperluan modal kerja mereka secara tepat waktu dan penjimatan kos,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata Bursa Malaysia akan terus mengadakan libat urus dengan peserta pasaran modal untuk menyediakan penyelesaian bertumpuan tambahan yang difikirkan sesuai, yang dapat membolehkan mereka mengharungi secara lancar persekitaran operasi yang pantas berubah.

Layari www.bursamalaysia.com untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai langkah bantuan itu.

— BERNAMA





Source link

Related Posts