Artikel Terkini

Cacat sejak lahir tidak halang Azila Alias berjaya dalam hidup


“I CAN’T walk but I can move.” (Saya tidak boleh berjalan, tetapi saya mampu bergerak)

Itu kata-kata Azila Alias yang dilahirkan dengan spina bifida, satu kecacatan pada tiub neural yang bermaksud keseluruhan tulang belakang terbelah, menyebabkan masalah saraf tunjang.

Azila yang merupakan kakak sulung kepada lima beradik dan pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.

Walaupun layak untuk mengambil bidang perubatan, namun Azila dinasihatkan untuk bertukar bidang atas nasihat dekan universiti.

“Dekan kata dia takut tidak sesuai dengan keadaan saya. Sebab masa itu saya belajar menggunakan tongkat. Dia kata menjadi doktor kena pantas kerana perlu menyelamatkan nyawa.

“Jadi saya terpaksa tukar dan ambil bidang matematik,” kata Azila.

Walaupun Azila adalah pemegang ijazah sarjana muda, dia berdepan cabaran yang lebih tinggi untuk mendapat pekerjaan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Namun, Azila tidak putus asa dan mula berusaha mencari pendapatan dengan menyediakan kelas tuisyen untuk pelajar sekolah.

“Memang susah nak dapat kerja, jadi sementara itu saya mahu mencari pendapatan dan saya mula dengan membuka kelas tuisyen di rumah.

“Pelajar saya bermula dengan anak-anak jiran,” katanya.

Pada satu masa Azila juga pernah bercadang untuk membuka pusat tuisyen, namun rancangan itu perlu ditangguhkan kerana ibunya jatuh sakit.

Oleh itu, Azila memulakan perniagaan menjual kuih dan makanan selain meneruskan kelas tuisyen di rumah.

“Cabaran (sebagai OKU) ialah untuk mengetahui bagaimana kita nak ketengahkan diri kita.

“Kadang-kadang pelanggan ini kalau dia tahu keadaan kita, dia fikir kita tak mampu nak buat tempahan mereka,” katanya.

Azila tabah berusaha mengembangkan bisnes kuih dan kelas tuisyennya walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan.

Terdapat segelintir individu yang meragui kebolehannya hanya kerana beliau duduk di atas kerusi roda.

Dengan sokongan keluarga dan jiran, Azila tetap meneruskan perniagaan dan kini aktif menerima tempahan kuih-muih serta lauk-pauk untuk majlis-majlis besar. 

“Mak abah ada dekat rumah bersama saya. Mak abah menyokong apa yang saya buat. Apabila Kak Zila jalankan tuisyen, mereka bagi ruang,” sambung Azila lagi.

Rumah yang didudukinya kini telah melalui beberapa proses pengubahsuaian untuk memudahkan pergerakan Azila apabila melakukan kerja-kerja dapur.

Azila juga mula berkecimpung dalam sukan ping pong beberapa tahun yang lepas.

Azila dalam pada itu juga mula berkecimpung dalam sukan ping pong sejak beberapa tahun yang lepas.

“Saya juga atlet Malaysia untuk sukan ping pong. Saya wakili Malaysia, peringkat Para Asean KL dan mendapat pingat gangsa.

“Selain itu di Selangor, saya adalah atlet para SUKMA, dalam sukan Ping Pong juga,” katanya berkongsi pencapaiannya dalam gelanggang sukan.

Azila bakal bertanding di acara SUKMA yang bertempat di Johor pada Ogos tahun ini, dan setiap minggu, dia akan menghadiri sesi di sebuah pusat latihan di Shah Alam.

“Pada Kak Zila, apa yang kita perlu adalah kita kena ada tujuan dalam hidup kita,” tegasnya.

Tidak berupaya untuk berjalan dengan sepasang kaki bukanlah satu halangan buat Azila mencapai cita-cita dan membahagiakan keluarganya.

“Kita buat pun ikut kemampuan kita juga. Kalau kita rasa kita yakin, kita boleh.

“Macam dengan masakan, mengajar kita kena beri kualiti yang sama. Walaupun dengan keadaan kita, kualiti dia tetap sama.

“Masakan kita kena ada rasa. Tapi macam mana kita nak capai tu itu kena penyesuaian diri sendiri,” katanya.

Azila juga mula berkecimpung dalam sukan ping pong beberapa tahun yang lepas.





Source link