Artikel Terkini

COVID-19: Pelan bantuan USD1 trilion Republikan tidak cukup – Nancy Pelosi



SPEAKER Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi menegaskan pelan bantuan US$1 trilion yang dicadangkan oleh kumpulan Republikan adalah tidak mencukupi.

Tegasnya, lebih banyak dana diperlukan untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang terkesan akibat penularan COVID-19.

Beliau berkata pada Selasa, ia bukan hanya satu perbincangan kosong dan beliau ingin melihat rang undang-undang pelan bantuan berkenaan diluluskan.

Terdahulu, beliau mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin dan pemimpin White House lain.

Ketika ini, dua pelan bantuan ekonomi pasca COVID-19 dicadangkan oleh dua kumpulan berbeza.

Demokrat mencadangkan pelan bernilai US$3 trillion manakala Republikan mencadangkan pelan bernilai US$1 trillion.

Menurut pemimpin Demokrat di Senat, ketika ini pelan berkenaan masih di peringkat cadangan dan perbincangan, serta belum bersedia untuk dirundingkan.

Ekonomi terbesar dunia itu bergantung kepada perbelanjaan pengguna, dan dengan tambahan bantuan pengangguran akan tamat akhir bulan ini, satu pelan diperlukan.

Ini bagi memastikan warga AS yang masih terjejas susulan peningkatan kes baharu COVID-19 di negara itu mempunyai wang tunai dan keyakinan untuk berbelanja.

Amerika akan mengumumkan KDNK suku kedua pada minggu depan.

Dana kewangan antarabangsa sebelum ini menjangkakan ekonomi Amerika akan menguncup 37 peratus untuk suku kedua dan 6.6 peratus untuk setahun penuh 2020.

Pada suku pertama, ia tumbuh hanya 0.3 peratus tahun ke tahun.





Source link

Related Posts