Artikel Terkini

COVID-19 : Pencarum KWSP dibenarkan keluar RM500 sebulan daripada akaun 2 bermula 1 April 2020


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Sidang Media telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM40 billion.

Menerusi kemudahan ini, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

Menurut beliau :

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4% yang berkuatkuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barangbarang keperluan harian.

Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.”

Tok masih menunggu pengumuman daripada KWSP berkenaan pengeluaran ini. Nanti Tok akan update di sini.

Sementara tu, pastikan korang ikut saranan pihak Kerajaan. Jangan keluar kalau tak perlu. Jaga kesihatan.

Tok doakan yang terbaik buat semua.

Take care and stay safe, okay? #KitaJagaKita



Source link