Artikel Terkini

COVID-19: Pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun – IMF



DANA Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan pertumbuhan global pada 2020 akan menurun susulan impak penularan COVID-19 terhadap keadaan ekonomi.

Menurut Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva, kejutan kepada ekonomi ini adalah luar biasa dan memberi kesan kepada penawaran dan permintaan.

“Sekarang masanya untuk mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya wabak ini menjadi semakin teruk,” kata Georgieva pada Rabu. 

Dalam masa yang sama, Presiden Bank Dunia, David Malpass menyatakan ia akan memberikan respons fleksibel yang pantas dalam menyampaikan bantuan yang boleh menyelamatkan nyawa.

Dalam masa yang sama, kedua-dua institusi berkenaan turut mengumumkan dana kepada negara dengan pendapatan rendah.

Sementara itu, Georgieva menyifatkan penularan COVID-19 adalah masalah global yang perlukan penyelesaian global.

Tambahnya, pertumbuhan 2020 dijangka akan lebih rendah daripada tahun 2019 akibat penularan penyakit tersebut.





Source link

Related Posts