Uncategorized

Dapatkan Tidur Yang Lena Dengan Kempen “Make Home Count” IKEA


Dengan memberi tumpuan khusus pada bilik tidur, IKEA dengan bangganya telah mengumumkan kempen Make Home Count bersempena pelancaran katalog baharu bagi tahun 2020. Berdasarkan dapatan dari tinjauan global “Life at Home”. IKEA mengakui peranan penting sesebuah bilik tidur di kediaman. Bilik tidur berfungsi sebagai tempat pemulihan dan asas bagi tubuh dan minda yang sihat. IKEA ingin membantu rakyat Malaysia memperoleh ketenangan dan keselesaan di bilik tidur demi kehidupan harian yang lebih baik.

“Kita menghabiskan satu pertiga hidup kita di bilik tidur, berehat dan mengumpulkan tenaga agar kita dapat mengharungi kehidupan seharian kita dengan lebih baik. Namun, kita kini hidup dalam sebuah dunia yang tidak cukup tidur. Secara purata, dunia kini hanya tidur lebih kurang 6 jam sehari. Menerusi kempen ‘Make Home Count” kami, kami berharap dapat menginspirasikan rakyat Malaysia untuk memberikan keutamaan kepada tidur, dengan menggunakan penyelesaian bilik tidur yang bereka-bentuk menarik, mampu milik dan lestari, untuk manjadikan bilik tidur mereka sebagai tempat memperoleh ketenangan yang rehat,” jelas Gerard Jansen, Timbalan Pengarah Runcit, IKEA Asia Tenggara di majlis pelancaran tersebut.

Dapatan yang diperoleh daripada tinjauan Life at Home IKEA mendapati bahawa banyak orang berusaha untuk mendapatkan keseimbangan antara kerja dengan kehidupan seharian mereka. Akan tetapi, dalam usaha ini, mereka juga mengabaikan tidur. Tinjauan juga mendapati orang ramai lazimnya menyamakan tidur yang kurang dengan kejayaan; bahawa keadaan terlalu sibuk hingga sukar mendapatkan tidur yang sempurna merupakan harga yang perlu dibayar untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun, hakikatnya adalah tiada jalan pendek kepada kehidupan harian yang baik daripada mendapatkan tidur yang secukupnya bagi melaksanakan hidup yang berkesan.

Jansen menjelaskan, “Di IKEA, kami percaya bahawa tidur amat penting bagi mengekalkan fungsi fizikal dan mental orang ramai untuk berfungsi secara berkesan, memiliki emosi yang terbaik dan menikmati kehidupan. Bilik tidur yang selesa dan dirancang dengan rapi adalah penting untuk mencapai matlamat ini. Namun kami akur bahawa orang ramai adakalanya menghadapi kesukaran untuk memulakan transformasi bilik, sama ada disebabkan oleh kekangan masa ataupun bajet. Oleh itu, untuk membantu rakyat Malaysia mengambil langkah pertama bagi melakukan perubahan yang positif, tumpuan kami yang pertama bagi kempen sepanjang tahun ini menekankan usaha melaksanakan perubahan kecil di bilik tidur yang memberikan impak yang besar.”

Mulai bulan September hingga Disember 2019, IKEA akan menampilkan kepada orang ramai bagaimana perubahan di bilik tidur adalah mudah dengan menggunakan tekstil yang berbeza, dan pada masa yang sama tidak membebankan dari segi perbelanjaan. Ruang pameran yang telah diberi nafas baharu di gedung-gedung IKEA memberi para pelanggan inspirasi yang baharu dan pelbagai yang boleh diambil dan diterapkan di rumah sendiri. Yang baharu pada tahun ini ialah ‘resipi’ produk IKEA yang merupakan satu set produk yang mudah dan mampu dimiliki, justeru membolehkan orang ramai melaksanakan perubahan yang besar di bilik tidur dengan nilai di bawah RM320.



Source link