Uncategorized

Dato’ Sri Najib Razak Dikenakan Cukai RM1.5 Bilion Oleh LHDN


Berita panas, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak katanya telah dikenakan cukai tambahan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM1.5 bilion bagi tahun 2011 sehingga tahun 2017.

Katanya ia merupakan jumlah tambahan yang telah dibayar beliau berdasarkan pengisytiharan cukai sepanjang tempoh tujuh tahun tersebut. Pihak LHDN telah menghantar surat kepada Dato’ Sri Najib berhubung cukai tambahan ini.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pihak LHDN telah mendapati bahawa Dato’ Sri Najib tidak mengisytihar pendapatan hampir RM4 bilion sepanjang tempoh tersebut. Menurut sumber, jumlah tersebut termasuklah RM2.6 bilion yang katanya berasal daripada 1MDB.

Dato’ Sri Najib yang berdepan pelbagai tuduhan bahawa wang daripada 1MDB telah memasuki akaun bank beliau, telah berkeras menyatakan bahawa ianya adalah sumbangan daripada pihak kerajaan Arab Saudi.

Mengikut pakar cukai, sumbangan yang diterima adalah tertakluk kepada cukai pendapatan, tidak kira samada duit berbilion yang masuk tersebut adalah dicuri atau sumbangan, katanya Dato’ Sri Najib telah melakukan kesalahan kerana tidak mengisytiharkannya sebagai pendapatan.

“Semua pendapatan boleh dikenakan cukai, samada diperolehi secara sah atau pun tidak”, kata seorang pakar cukai apabila ditanya sekiranya wang yang dicuri adalah tertakluk kepada cukai.

“Jika pendapatan tersebut adalah melalui sumber yang haram, bergantung kepada agensi seperti pihak polik atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah yang telah berlaku.

“Tetapi bagi pihak LHDN, ianya tertakluk kepada cukai pendapatan,” beliau berkata.

Sumber: The Edge Markets

Anda Dah Bayar Cukai Ke Belum?

Bekas pemimpin pun tak boleh lari dari LHDN, apa lagi kita ni rakyat marhaen? Dah isytihar belum pendapatan untuk tahun 2018?

Cukai pendapatan ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan dari penggajian, perniagaan, dividen, sewa, royalti, pencen dan pendapatan lain yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

  • 30 April 2019 merupakan tarikh akhir untuk penghantaran Borang BE Tahun 2018 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu yang memperolehi pendapatan penggajian.
  • 30 Jun 2019 merupakan tarikh akhir untuk penghantaran Borang B Tahun 2018 dan pembayaran cukai pendapatan bagi individu yang memperolehi pendapatan perniagaan.

Komen

komen





Source link