Artikel Terkini

Di sebalik kebimbangan koronavirus, Apple umum prestasi terbaik bagi suku terakhir 2019



KUALA LUMPUR: Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc hari ini mengumumkan prestasi kewangan terbaik syarikat itu untuk tiga bulan terakhir 2019 yang menyaksikan jualan dan keuntungan yang meningkat .

Pertumbuhan kewangan itu didorong oleh prestasi kukuh dalam jualan peranti paling laris, iPhone meskipun syarikat itu beralih kepada perkhidmatan digital dan boleh-pakai.

Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook dalam nada suram sewaktu mengumumkan prestasi kewangan itu menerusi telefon berkata syarikat itu kini sedang memantau perkembangan wabak koronavirus yang sedang melanda China, dimana Apple mempunyai ribuan pelanggan, rakan kongsi, pembekal dan tenaga kerja.

Saham Apple turut meningkat dua peratus selepas pengumuman itu.

Apple turut mengunjurkan pendapatan syarikat adalah sekitar RM240 bilion dan RM270 bilion (AS$63 bilion AS 67 bilion) untuk suku ini. 

Ini adalah julat lebih besar daripada yang pernah diunjurkan Apple sebelum ini, dengan syarikat itu menjangkakan ketidakpastian mengenai bagaimana wabak koronavirus ini dapat ditangani sedikit sebanyak menjejaskan perniagaan syarikat itu.

Apple mempunyai pembekal yang berpangkalan berdekatan dan berhampiran dengan Wuhan, lokasi dimana virus membunuh ini mula dikenalpasti.

Cook berkata bahawa syarikat itu kini sedang menjalankan “rancangan mitigasi” untuk menentukan bagaimana mereka boleh mengurangkan jangkaan kerugian pengeluaran dengan menggunakan sumber-sumber alternatif.

Apple berkata ia telah menutup salah sebuah kedai di Wuhan sementara beberapa rakan kongsi sektor runcit juga telah menutup operasi kedai mereka atau mengurangkan masa perniagaan semasa wabak itu sedang berleluasa.

Koronavirus sehingga kini telah meragut lebih daripada 130 nyawa di China dan jumlah kes yang disahkan di seluruh negara itu menghampiri 6,000 kes.

Malaysia tetap kekal dengan empat kes positif, dengan tiada penambahan kes sejak hari Ahad lalu (27 Jan). Kesemua kes positif di negara ini adalah rakyat China yang berasal dari bandar Wuhan dan memasuki Malaysia menggunakan pintu masuk selatan di Johor Bahru.

[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!

KEPUTUSAN KEWANGAN APPLE

Untung bersih Apple mencecah paras tertinggi sepanjang masa iaitu RM88 bilion (AS$22 bilion) dengan catatan pendapatan suku tahunan RM390 bilion (AS$91.8 bilion).

Keputusan ini jauh lebih baik daripada kebanyakan jangkaan penganalisis di sektor ini.

Pendapatan “didorong oleh permintaan yang kukuh untuk model iPhone 11 dan iPhone 11 Pro kami, dan rekod sepanjang masa untuk perkhidmatan dan boleh pakai,” kata Cook.

Keputusan kewangan ini menunjukkan strategi Apple untuk mengalihkan campuran pendapatannya dari pasaran telefon pintar yang semakin merosot, kepada perkhidmatan digital seperti penstriman muzik dan televisyen serta kandungan digital yang lain, membuahkan hasil.





Source link

Related Posts