Artikel Terkini

Exit Strategy Yang Perlu Anda Tahu Tentang Equity Crowdfunding (ECF)


Equity crowdfunding merupakan salah satu medium yang sudah mendapat tempat dalam kalangan pelabur dan pemilik bisnes di Malaysia. Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga giat mempromosikan ECF dan adik-beradiknya, Peer-to-Peer lending sebagai pelaburan moden sejak 2017.

Bagi mereka yang tak berapa jelas tentang ECF ni, jemput baca Ketahui Asas Equity Crowdfunding (ECF): Pelaburan Dengan Modal Rendah Tapi Potensi Pulangan Yang Tinggi.

Dalam kes ECF, ada beberapa mekanisme yang perlu kita ketahui supaya kita jelas hala tuju pelaburan kita. Di antaranya ialah exit strategy bagi syarikat yang memohon dana tersebut.

Exit strategy ini mudah fahamnya adalah misi akhir syarikat tersebut dari sudut pulangan kewangan dan biasanya ia diaktifkan apabila syarikat telah mencapai kriteria yang ditentukan oleh mereka sendiri.

Untuk makluman semua, ECF merupakan pelaburan yang illiquid atau pun sukar untuk dicairkan. Senang cerita, kalau kita masukkan duit RM2,000 ke dalam sebuah syarikat, kita seperti sudah boleh melupakan duit kita untuk 3–10 tahun akan datang.

Tidak seperti pelaburan dalam saham atau unit trust yang kita boleh keluarkan duit dengan segera.

Ok, jom kita lihat apa dia exit strategy yang popular dalam kes ECF ini?

1. Ambil Alih (Acquisition)

Dalam kes ini, ada syarikat yang lebih besar berminat untuk membeli semua saham atau sebahagian daripada saham syarikat tadi kerana melihat potensi yang boleh menjadi pulangan kepada mereka pada masa akan datang. Dan, bayaran untuk acquisition pastinya berganda-ganda daripada jumlah pelaburan awal.

Oleh itu, pemegang saham daripada proses ECF tadi boleh memilih untuk menjual atau pun tidak saham mereka.

2. Initial Public Offering (IPO)

Ia adalah proses saham syarikat dijual kepada orang ramai buat kali pertama dan syarikat tersebut akan disenaraikan di Bursa Malaysia. Kalau sebelum ini, jual beli atau pertukaran saham syarikat dilakukan secara berhubung terus dengan pemilik saham syarikat tersebut.

Pulangannya juga berganda-ganda daripada nilai pelaburan dalam kes IPO ini.

Setakat ini, terdapat 3 syarikat yang telah menggunakan ECF sebagai medium memperoleh dana dan telah berjaya mengaktifkan exit strategy mereka.

Yang pertama, SkolaFund yang berjaya memberi pulangan kepada para pelabur mereka sebanyak 10% daripada jumlah pelaburan. SkolaFund telah dibeli oleh salah satu syarikat crowdfunding yang berkaitan dengan sumbangan (donation) yang terbesar di Asia setelah live di platform ECF pada tahun 2017.

Kedua, MYCash Online yang sebahagian saham syarikatnya telah dibeli oleh 500 Startups dan kesannya, pelabur yang menjual saham mereka memperoleh 44.2% keuntungan setelah dua tahun melabur melalui platform ini.

Ketiga, Greenlagoon yang memberi pulangan 100% buat sebahagian pelabur yang memilih untuk menjual saham mereka.

Disebabkan dua exit strategy inilah venture capital, private equity firm dan pelabur yang mempunyai modal yang besar akan melabur ke dalam syarikat-syarikat yang kecil tetapi berpotensi untuk dikembangkan kepada skala yang lebih besar.

Memang masyuk! Kita juga berpeluang untuk memperoleh pulangan berganda-ganda ini, iaitu melalui ECF.

Jom kita melabur melalui platform ECF. Tak tahu kat mana nak mula, kena baca artikel Ketahui Asas Equity Crowdfunding (ECF): Pelaburan Dengan Modal Rendah Tapi Potensi Pulangan Yang Tinggi.

Ditulis oleh Afif Amir, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang Actuarial & Financial Mathematics. Meminati dunia pelaburan terutama berkaitan saham, equity crowdfunding dan pelaburan digital. Full time PhD & trader, part-time investor.



Source link