Uncategorized

FaceApp: Selamatkah foto anda? | Astro Awani



ADAKAH anda pengguna aplikasi FaceApp? Anda tentu teruja untuk melihat wajah anda dimamah usia.

Namun, tahukah anda aplikasi FaceApp yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs berkemungkinan menyimpan foto anda yang telah disunting dalam sistemnya?

Menurut laporan Forbes dan GQ, aplikasi FaceApp yang berusia dua tahun itu mencetuskan pelbagai isu berkaitan privasi maklumat penggunanya.

Memetik laporan TechCrunch, aplikasi berkenaan tidak mempunyai akses kepada foto anda yang disimpan di dalam telefon tanpa kebenaran.

Bagaimanapun, ia mempunyai akses kepada setiap foto wajah anda yang dimuat naik ke aplikasi tersebut untuk disunting.

Ia menambah, ini membolehkan FaceApp menyimpan foto yang disunting di dalam pengkomputeran awan, biarpun selepas pengguna memilih untuk tidak berkongsi foto berkenaan.

Dalam kenyataan balas kepada TechCrunch, FaceApp menjelaskan: “Kebanyakan imej akan dipadam daripada pelayan (server) kami dalam masa 48 jam selepas ia dimuat naik.”

TechCrunch menegaskan frasa ‘kebanyakan’ dan bukan ‘semua imej’ sementara FaceApp pula menjelaskan, aplikasi itu tidak berkongsi dan menjual data pengguna kepada pihak ketiga.

Namun, menurut syarat penggunaan (terms of service), pengguna membenarkan syarikat berkenaan menggunakan imej, nama, katanama, suara “secukupnya untuk mengenalpasti identiti pengguna.”

Jika anda bersetuju dengan terma tersebut, anda memberikan FaceApp antaranya, hak selamanya, tidak boleh ditarikbalik, tidak eksklusif, tanpa royalti, di serata dunia, dengan bayaran penuh, boleh diguna semula, diubah, diterbitkan, digunakan untuk mencipta imej lain, diedarkan, digunakan di khalayak awam dan dipamerkan.

Memang panjang dan rumit bunyinya, namun secara mudahnya, anda secara sedar atau tidak sedar membenarkan FaceApp menggunakan imej anda yang disimpan dalam pengkomputeran awannya untuk apa jua aktiviti, tanpa royalti, sampai bila-bila.

“You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.”

Anda hanya punyai hak kepada muka anda, itu sahaja.

TechCrunch melaporkan pengguna FaceApp boleh memadam data tersebut namun pengguna perlu melalui proses yang panjang.

Sehingga kini 100 juta orang telah muat turun aplikasi berkenaan di Google Play dan ia juga adalah aplikasi paling popular di iOS App Store di 121 negara.





Source link