Artikel Terkini

Harga Dan Transaksi Hartanah Malaysia 2008 – 2018


Harga rumah di
Malaysia telah mengalami peningkatan dan penurunan yang unik sepanjang tahun
2008 sehingga tahun 2018.

Nilai transaksi hartanah dan permohonan pembiayaan hartanah yang diluluskan juga menunjukkan sedang berlakunya trend peningkatan harga hartanah di Malaysia yang drastik.

Selain daripada faktor permintaan dan penawaran pasaran, antara faktor lain yang mempengaruhi turun naik harga rumah di Malaysia adalah kos pembinaan hartanah, kadar inflasi, polisi kerajaan, keadaan sosial dan politik semasa, serta spekulasi dalam hartanah.

Baca: Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

Dalam artikel kali
ini, harga dan transaksi hartanah di Malaysia akan diterangkan berdasarkan data
analisis yang dikeluarkan oleh REHDA Institute.

Jumlah transaksi
hartanah kediaman pada tahun bermula 2008 adalah pada angka 200,000 unit dengan nilai transaksi RM40 juta sehingga RM50 juta.

Trend ini terus
meningkat tahun demi tahun sehingga tahun 2011 dan 2012 apabila jumlah
transaksi hartanah mencatatkan rekod tertinggi masing – masing melebihi 250,000 unit dengan nilai transaksi
pada angka RM60 juta sehingga RM70 juta.

Menjelang tahun 2014,
berlaku satu perubahan yang unik di mana jumlah transaksi hartanah adalah
kurang daripada tahun 2011 dan 2012 iaitu sekitar 250,000 unit tetapi dengan nilai transaksi pada angka RM80 juta.

Tahun 2015
menyaksikan bermulanya penyusutan jumlah transaksi hartanah dan nilai hartanah
sehingga tahun 2018.

Jumlah transaksi
hartanah dan nilai hartanah telah menunjukkan menunjukkan peningkatan sekitar 1.4% dan 0.4% tahun demi tahun secara
purata.

Di antara tahun
2008 sehingga 2018, tahun bermulanya peningkatan nilai transaksi hartanah
adalah pada tahun 2009.

Hal ini kerana,
harga lantai untuk penjualan hartanah bagi warga asing telah meningkat daripada
RM500,000 kepada RM1 juta seunit.

Selain itu,
Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) atau Skim Pemaju Tanggung Faedah telah
dimansuhkan.

Trend ini mula
menurun selepas tahun 2014 dan kembali meningkat secara perlahan bermula tahun
2017 apabila nilai transaksi hartanah mencecah hampir RM350 juta.

Tahun 2017 juga
menyaksikan pemaju hartanah mula membina lebih banyak rumah mampu milik anjuran
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Baca: 5 Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Perkembangan harga hartanah di Malaysia juga menjadi lembap semenjak tahun 2001 namun pada suku keempat 2012, harga hartanah telah meningkat kepada 14.3%.

Manakala pada suku
pertama 2015, harga hartanah di Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak
9.2%, 6.1% pada suku keempat 2017
dan 1.1% pada suku ketiga 2018.

Peningkatan harga
rumah yang drastik telah menyebabkan permintaan hartanah pada harga yang lebih
tinggi telah menurun.

Polisi kerajaan
yang menggalakkan pemaju hartanah untuk membina lebih banyak rumah mampu milik
juga menyebabkan kadar peningkatan harga hartanah secara relatifnya  lebih terkawal.

Baca: Rumah Mampu Milik Pun Tidak Mampu Dimiliki

Pada tahun 2008,
permohonan untuk pembiayaan pinjaman hartanah yang diluluskan adalah pada kadar
59% dengan nilai mencecah RM57,954.300.

Akan tetapi,
permohonan yang diluluskan untuk pembiayaan pinjaman hartanah yang diluluskan
pada tahun 2013 adalah pada kadar 49.2% dengan nilai mencecah RM121,000,600 yakni RM63,046,300 lebih tinggi berbanding
tahun 2008!

Manakala pada tahun
2018 pula, 42.9% permohonan
pembiayaan pinjaman hartanah diluluskan dengan nilai RM102,752,300.

Trend ini juga
menunjukkan permintaan terhadap hartanah jenis kediaman semakin tinggi dan
permohonan pembiayaan pinjaman dari bank juga telah menjadi semakin sukar
menyebabkan purata permohonan yang diluluskan menurun. 

Apa yang pasti,
trend harga hartanah kediaman telah meningkat dengan mendadak menyebabkan nilai
permohonan telah meningkat sehingga 78%.

Kesimpulannya,
pasaran hartanah berdepan dengan cabaran yang memerlukan solusi holistik dari
sudut pembeli dan pemaju hartanah sendiri.

Apa yang jelas pada
hari ini adalah permintaan semasa untuk rumah mampu milik menjadi semakin
progresif dan telah menjadi agenda utama kerajaan dalam menangani isu pemilikan
hartanah bukan sahaja di kalangan Bumiputera tetapi juga bukan Bumiputera.

Baca: Belanjawan 2020 Industri Hartanah Bakal Terima Impak Positif

Menurut Bank Negara
Malaysia, 70% daripada permohonan
pembiayaan pinjaman hartanah yang diluluskan adalah dari pembeli rumah pertama
dengan nilai hartanah di bawah
RM500,000.

Dengan keadaan pasaran hartanah semasa, pemaju hartanah wajar fokus kepada segmen rumah mampu milik sehingga pasaran benar-benar pulih untuk menjual semula lambakan hartanah tidak terjual.



Source link