Artikel Terkini

Idea Pelaburan Benjamin Franklin Yang Mampu Membangkitkan Inspirasi


Pada tahun 1785 seorang ahli matematik Perancis, yang bernama Charles-Joseph Mathon de la Cour telah menulis sebuah kisah parodi mengenai Benjamin Franklin yang bertajuk Poor Richard’s Almanack.

Tujuan utama buku tersebut diterbitkan adalah untuk mempersendakan atau mengejek seorang pemimpin Amerika Syarikat yang kononnya di pandang sebagai seorang yang optimis dan berkeyakinan tinggi.

Di antara petikan dalam buku tersebut ialah ‘Fortunate Richard meninggalkan sejumlah kecil wang, lalu mewasiatkan wang tersebut (serta faedahnya) hanya boleh digunakan selepas 500 tahun.

Sungguhpun begitu, Benjamin Franklin tertarik mengenai idea yang diutarakan oleh Charles-Joseph Mathon de la Cour. Franklin memutuskan untuk meninggalkan wasiat wang sebanyak €1,000 (iaitu kira-kira $4,500 pada kematian beliau) kepada dua bandar yang paling beliau sayangi iaitu, Boston dan Philadelphia.

Dengan syarat, wang tersebut hanya boleh dibelanjakan 75% selepas tempoh 100 tahun dan baki 25% wang tersebut akan digunakan selepas 200 tahun dari tarikh asal wang tersebut di simpan.

Selepas 100 tahun, setiap bandar mengambil 75% dana tersebut, untuk digunakan dalam pembangunan infrastruktur awam, contohnya baik pulih jambatan, bangunan awam dan sebagainya. Kemudiannya baki 25% dari wang tersebut akan terus disimpan untuk 100 tahun yang akan datang.

Seribu Berkembang Menjadi Berjuta

Percayakah anda, jika menurut amanat wasiat beliau, kedua-dua bandar tersebut akan mempunyai wang sebanyak hampir $20 juta, yang hanya bermodalkan wang daripada €1,000.

Manakala jika mereka menahan untuk mengeluarkan dana tersebut dalam tempoh masa 200 tahun, potensi nilai yang akan berjaya dicapai iaitu hampir $78 juta.

Sungguhpun begitu bandar Boston hanya dapat mengumpul kira-kira $5 juta, dan Philadelphia berjaya mengumpul $2 juta selepas 200 tahun dari tarikh pelaburan tersebut di laksanakan.

Ini disebabkan ketetapan lain syarat wasiat Benjamin Franklin yang mengarahkan, untuk mengeluarkan sedikit wang simpanan tersebut bagi menampung hidup mereka yang berkelayakan (berdasarkan syarat-syarat yang tertentu).

Pelaburan Jangka Masa Panjang Mendahului Zaman

Sungguhpun begitu, Benjamin Franklin masih berjaya mencipta sesuatu fenomena idea pelaburan yang sungguh menakjubkan. Sekaligus beliau mewariskan legasi idea tersebut kepada generasi yang seterusnya.

Sehinggakan kedua-dua bandar tersebut Boston dan Philadelphia mula mengikuti idea pelaburan tersebut, namun mengubahnya sedikit dengan melabur ke dalam akaun simpanan dan syarikat insurans hayat.

Kejayaan Benjamin Franklin mungkin akan terus masyhur berkurun-kurun lamanya. Bayangkan melabur wang dalam tempoh 200 tahun, akhirnya mampu mengubah landskap pelaburan dunia, terutama sekali kedua-dua bandar tersebut.

Tahukah anda idea pelaburan yang diguna pakai oleh Benjamin Franklin dari kurun ke-17, pada hari ini lebih di kenali sebagai Compounding Interest (Faedah Berganda). Bayangkan sebelum kemunculan nama-nama besar seperti Warren Buffett, sudah wujud pelabur genius yang mendahului zaman.

Baca: Bro, Biasa Dengar Tak ‘Compounding Interest’? Ini Ada Contoh Kiraan



Source link