Uncategorized

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 1


Walmart merupakan nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Amerika. Ia merupakan sebuah rangkaian gedung beli belah yang menyediakan barangan runcit pada harga yang sangat rendah dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan golongan pertegahan di Negara Amerika Syarikat.

Pada hari ini, Walmart merupakan gedung beli belah yang terbesar di dunia daripada segi market capitalization.

Nama pengasas Walmart adalah Sam Walton. Nama penuh beliau adalah Samuel Moore Walton dan beliau dilahirkan di Kingfisher pada tahun 1918 dan merupakan anak pertama daripada dua beradik pasangan Thomas Walton dan Nancy Lee.

Berasal Daripada Keluarga Yang Susah

Bapanya seorang petani dan tinggal di ladang. Pada tahun 1921, Sam mendapat seorang adik  lelaki yang bernama James dan dua tahun kemudian mereka menghadapi masalah dari segi kewangan. Thomas Walton menukar kerjaya menjadi seorang ejen insurans. Pada zaman kemelesetan ekonomi yang teruk iaitu tahun 1929, keluarga mereka telah berpindah ke Missouri untuk memulakan kehidupan yang baru.

Pada zaman remaja beliau,beliau seorang remaja yang berkebolehan didalam akedemik dan sukan. Mereka sekeluarga berpindah ke Missouri dan Sam dibesarkan di sana. Beliau merupakan seorang atlet yang berkebolehan dan mewakili pasukan Eagle Scout dalam sukan American Football.

Beliau menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah pada tahun 1936 dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat ijazah pada tahun berikutnya di Universiti Missouri pada tahun 1940 dalam jurusan ekonomi.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 2
Sam semasa zaman mudanya seorang yang aktif dalam bidang sukan dan seorang yang bijak dalam akedemik

Mula Melakar Kejayaan Selepas Perang Dunia Kedua

Selepas berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah ekonomi, beliau bekerja sebagai pengurus untuk syarikat J.C. Penny. Gajinya pada ketika itu adalah sebanyak $75 (bersamaan $1321 pada tahun 2018) dan bekerja dalam syarikat itu  sehingga tahun 1942. Ketika Perang Dunia Kedua berada di kemuncaknya, Sam dipanggil untuk menyertai tentera dan tugas yang diberikan kepadanya adalah di bahagian risikan. Sepanjang penglibatanyanya dalam pasukan tentera, beliau mendapat pangkat Kapten.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, beliau berkahwin dengan wanita pilihan hatinya yang bernama Halen Robson Kemper. Bapa mertuanya adalah seorang peguam, yang juga merupakan mentor pertama kepadanya di dalam dunia perniagaan; dan seorang penasihat kewangan untuk perniagaannya.

Sam mula membuka perniagaan runcit pertamanya pada tahun 1945 yang merupakan sebuah kedai francais di bawah jenama Ben Franklin dengan menggunakan modal simpanannya sebanyak $5,000 dan duit pinjaman daripada bapa mertuanya sebanyak $20,000. Walaupun kedai runcitnya itu dikategorikan sebagai sebuah francais, beliau telah meletakan trademarknya yang tersendiri bagi menampakkan keunikan kedainya berbanding dengan kedai yang lain.

Di antara langkah untuk menampakan kedai runcitnya berbanding kedai lain, adalah dengan meletakan mesin aiskrim di bahagian depan kedainya dan memastikan setiap barangan di setiap rak sentiasa penuh. Hasilnya sangat berbaloi kerana kedainya dapat menarik perhatian para pelanggan.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 3
Francais kedai runcit Ben Franklin merupakan kedai pertama yang dibuka oleh Sam sebelum mewujudkan syarikatnya sendiri

Setelah kedai runcit francaisnya itu berjaya, dia membuka cawangan kedua dan jualanya semakin hari semakin meningkat daripada $80,000 kepada $225,000 hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja. Oleh kerana pencapai kedai francais runcit Sam bertambah maju, pemilik tapak kedai telah menaikan sewa terhadap tapak kedai Sam dengan kadar 5% daripada kadar jualan kedai tersebit.

Tindakan yang dikenakan terhadap tuan kedai itu menyebabkan Sam mengambil langkah dengan tidak lagi menyewa di tapak berkenaan. Dia dengan segera mencari lokasi baru itu di Bentonville. Di kedai inilah yang merupakan mercu tanda permulaan perniagaanya sebelum menjadi empayar yang sangat besar dalam perniagaan peruncitan.

Pada dekad 1950-an, dari setahun ke setahun, perniagaan semakin berkembang dengan pesat. Sam bersama adik lelakinya James telah bersepakat untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi. Mereka berdua bergerak ke seluruh kawasan negeri mereka untuk mencari kawasan lebih strategik untuk membuka lagi cawangan kedai mereka. Malah adiknya James telah membeli sebuah pesawat ringan untuk digunakan dalam proses mencari tempat yang strategik. Adiknya itu sebelum ini merupakan seorang juruterbang ketika Perang Dunia Kedua.

Keluar Negeri Mencari Peluang Baru

Pada tahun 1954, Sam dan adiknya telah mengembangkan perniagaan mereka keluar negeri tempat mereka tinggal. Mereka telah melebarkan sayap perniagaan ke luar Negeri Kansas City. Dengan pembukaan cawangan di luar negeri, ia menjadi langkah strategik pegembangan perniagaan. Pada masa ini juga, Sam merekrut pengerus jualan bagi menguruskan cawangan perniagaannya.

Pada awal dekad 1960-an, Sam telah memiliki sebanyak 16 cawangan kedai runcit di tiga buah negeri di bawah francais Ben Franklin. Hasil titik peluhnya itu turut dibantu rapat oleh adiknya serta bapa mertuanya. Setelah melihat kejayaan yang cawangan kedainya itu, Sam bercita-cita untuk membuka francais perniaggan di bawah Ben Franklin ke kawasan pedalaman. Malangnya idea itu tidak dipersetujui oleh pihak Ben Franklin.

Sam turut mengutarakan cadangan untuk mengurangkan margin keuntungan sebanyak 15% bagi memberikan harga yang lebih rendah untuk bersaing dengan pasaraya lain pada ketika itu. Ini menyebabkan Sam mengambil keputusan untuk membuka rangkaian kedainya sendiri dengan menggunakan namanya sendiri.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 4
Kedai runcit pertama di bawah jenama Walmart yang dibuka oleh Sam pada tahun 1962 yang terletak di Ankansas

Bermulalah Pasaraya Walmart Pada Tahun 1962

Tahun 1962 merupakan tahun bersejarah bagi pasaraya Walmart, apabila Sam telah membuka perniagaaan pertama di bawah dan kawalan dia sendiri di Ankansas. Pada zaman itu persaingan d iantara kedai runcit begitu sengit terutamanya di bandar besar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Mereka bersaing di antara satu sama lain dengan menawarkan harga yang paling murah untuk para pelanggan mereka. Untuk membangunkan Walmart, Sam telah membuat kajian terperinci terhadap pesaing-pesaing mereka terutamanya Meijer yang pada ketika itu merupakan sebuah kedai runcit yang unik pada kaca mata Sam.

Dengan persaingan yang begitu hebat di kawasan bandar, Sam mengambil pendekatan yang unik dengan mengembangkan sayap perniagaanya di kawasan pedalaman kerana kawasan pedalaman pada masa itu masih belum diterokai lagi. Cabaran utama untuk mengembangkan perniagaan di kawasan pedalaman adalah kos pengangkutan untuk ke kawasan pedalaman yang tinggi. Sam dapat menyelesaikan masalah ini dengan membuat penghantaran sekali sahaja barang dari gudang ke kedai untuk semua cawangan yang dia miliki di kawasan pedalaman.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 5
Sam Walton yang mengamal rutin bangun seawal 4.30 pagi untuk bekerja setiap hari

Strategi yang dibuat oleh Sam sangat bebaloi apabila akhir tahun 1960-an, Walmart telah mencapai angka jualan sebanyak $44.2 juta. Pada tahun 1970-an, syarikat Walmart telah disenaraikan saham di NYSE. Pada dekad inilah Walmart telah berkembang lebih pesat dengan menambah bilangan cawanganya ke negeri seperti Kansas, Louisana, Tennesee dan Kentucky. Hanya selepas 15 tahun penubuhan Walmart, rangkaian perniagaaanya telah berkembang dengan penambahan kedai sebanyak 190 cawangan di seluruh Amerika Syarikat.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 6
Dekad 1970 dan 1980-an merupakan dekad perkembangan Syarikat Walmart dan membuat Sam Walton mejadi manusia terkaya di Amerika Syarikat pada awal 1980-an

Tidak Ketinggalan Menggunakan Teknologi Untuk Mengatasi Pesaing

Pada dekad 1980-an, Walmart telah berada pada landasan yang betul sebagai gergasi peruncitan yang mana telah meninggal jauh pesaing mereka seperti K Mart dan Sear. Sam juga tidak ketinggalan mengaplikasi teknologi terkini bagi memudahkan urusan dan megembangkan perniagaan dengan lebih efektif. Beliau telah menggunakan teknologi satelit untuk menghantar maklumat dengan cepat dan tepat di antara gedung beli belahnya dengan ibu pejabat.

Dengan wujudnya rangkain terknologi satelit, Walmart dapat mengetahui dengan pantas harga semasa dan stok barangan dengan cekap. Dengan menggunakan teknologi satelit di hampir keseluruhan cawangannya, Walmart telah menjadi pengguna teknologi satelit terbesar di dunia bagi sektor swasta. Dengan menggunakan teknologi ini,Walmart dapat menandingi pesaing mereka dengan begitu efektif sekali. Market capaitilzation kedua-dua pesaing terdekat mereka tidak dapat menandingi Walmart walaupun setelah digabungkan.

Pada tahun 1987, Walmart telah menyambut ulang tahun ke-25 dengan bilangan cawangan mereka yang semakin bertambah di seluruh negara Amerika Syarikat iaitu sebanyak 1198 cawangan. Mereka juga telah mencapai jualan tahunan sebanyak $15.9 billion dan mempunyai seramai 200,000 orang pekerja.

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 7
Keluarga Walton merupakan keluarga yang terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $152 billion

Dengan peningkatan angka jualan dari tahun ke tahun, ini telah membuat Sam Walton manusia terkaya di Amerika Syarikat dari tahun 1982 sehingga 1988 mengikut kiraan yang dilakukan oleh majalah Forbes. Pada tahun 1989,Sam telah membahagikan kekayaannya kepada 4 orang anaknya. Beliau juga melepaskan jawatanya sebagai CEO pada usia 70 tahun dan digantikan dengan David Gloss. Walaupun telah melepaskan jawatan sebagai CEO, Sam masih lagi memainkan peranan penting sebagai penasihat untuk syarikatnya itu.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1992 akibat kanser pada usia pada usia 74 tahun. Sam mendapat banyak perhanrgaan sepanjang hidupnya dan yang paling terkenal sekali adalah daripada Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu iaitu George H. W. Bush dan Universiti Arkansas. Beliau telah meninggal dunia dengan mewariskan kekayaan yang luar biasa kepada ahli keluarganya.

Sumber Rujukan:

Ikuti Kisah Sam Walton Pengasas Walmart, Gedung Beli Belah Terbesar Dunia 8

Komen

komen





Source link