Artikel Terkini

Imbasan berita tumpuan dan insiden tular bulan Julai 2020


MELANGKAH sahaja memasuki tarikh 1 Ogos 2020, bermakna tinggal lebih kurang 30 hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Berdasarkan pemahaman semasa, ia adalah penentuan bahawa kita semua selesai menjalani ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jika situasi mengizinkan.

Namun, persoalannya adakah semuanya akan berakhir? 

Sebelum kita melangkah menuju ke ‘hari bersejarah’, apa kata kita lihat kembali antara berita yang menjadi tumpuan dan tular sepanjang bulan Julai.

PATUHKAH ANDA DENGAN SOP?

Kerisauan rakyat Malaysia terhadap penularan wabak COVID-19 nampaknya masih belum selesai.
Mana tidaknya, masih ada saja kes positif baharu dicatatkan setiap hari dan ada ketikanya menunjukkan peningkatan meskipun tidak terlalu drastik.

Isu yang berbangkit adalah, tentang sama ada rakyat Malaysia kini terlalu selesa sehingga alpa dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, ditambah pula dengan kisah mengenai beberapa individu yang tidak bertanggungjawab apabila keluar rumah meskipun masih dalam tempoh kuarantin.

Ingat, kita belum menang, jangan ambil mudah tentang perkara-perkara sebegini.

BACA : Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat

BACA : COVID-19: Kuching kembali diisytihar zon merah

BACA : Wanita pakai ‘wristband’ COVID-19 makan di kafe, cetus kebimbangan netizen

SIDANG DEWAN RAKYAT PALING PANAS

Beberapa bulan tidak bersidang, nampaknya sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 merupakan sidang yang paling panas.

Semuanya berlaku kerana pertukaran Speaker yang berlaku bukan dalam dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Pada masa sama, apa yang menarik perhatian netizen ialah situasi dimana Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad namun dipersenda dengan panggilan ‘cucu’ oleh dua ahli Parlimen lain yang lebih berusia.

Sama ada seseorang itu setuju atau tidak pada haluan politik dan sosok yang bernama Syed Saddiq, ramai pemerhati awam berasakan adalah tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.

BACA : Sidang Parlimen dijangka paling ‘panas’, pertukaran Speaker ikut Perlembagaan

BACA : Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?

NETIZEN KESAL MURAL PAPAR POTRET PEMIMPIN NEGARA DICONTENG

Baru-baru ini juga, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden vandalisme pada mural yang memaparkan potret para pemimpin negara.

Mural yang memaparkan barisan utama negara, seperti Yang di-Pertuan Agong, Ketua Pengarah Kesihatan dan juga Perdana Menteri itu telah diconteng dengan kata-kata kesat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

BACA : Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat

BACA : Dua wanita dipercayai conteng mural pemimpin negara diburu

BACA : Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian

NAJIB RAZAK DIDAPATI BERSALAH ATAS TUJUH PERTUDUHAN

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.‬

‪Keputusan telah disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

BACA : Kes SRC International: ‘I am ready, jumpa di Mahkamah Rayuan’ – Najib

BACA : Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International

BACA : Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah

JERIT DALAM HATI? TAK MASUK AKAL

Memang tidak masuk akal, macam mana mahu menaiki roller coaster tapi tidak menjerit?

Itulah yang terjadi di negara Jepun apabila pengendali taman tema Fuji-Q Highland membuat rayuan tersebut kepada pengunjung kerana bimbang berlaku penyebaran virus daripada titisan air liur ketika mereka menjerit.

Meskipun menerima kritikan atas saranan tersebut, pihak pengurusan tetap percaya ia boleh dilakukan demi mengelakkan kemungkinan penularan COVID-19.

Sudah tentu, berita ini memberikan pelbagai respons daripada rakyat Malaysia.

BACA : COVID-19: Penunggang roller-coaster diminta senyap, hanya jerit dalam hati

SELAMAT TINGGAL NAYA RIVERA DAN HARUMA MIURA

.

Bulan ini adalah bulan yang sangat sukar buat peminat siri muzikal Glee apabila salah seorang bintang siri tersebut, Naya Rivera, mengejutkan ramai apabila dia dilaporkan hilang sewaktu berlibur di Tasik Piru, California, bersama anaknya.

BACA : Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot

BACA : Pihak berkuasa sahkan kematian Naya Rivera akibat kemalangan

BACA : Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu ‘sumpahan’

Pada masa sama, peminat filem Last Cinderella juga dikejutkan dengan kematian, pelakon Haruma Miura yang dipercayai telah membunuh diri.

Sememangnya kehilangan dua bintang ini sangat dirasai oleh peminat mereka.

BACA : Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung

SUGU PAVITRA PADAM SEMUA VIDEO DI LAMAN YOUTUBE

Bintang YouTube sensasi, S. Pavithra telah dipilih untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Namun dalam berita kegembiraan itu, ada sesuatu yang berlaku dalam kehidupan peribadinya.

Satu tamparan hebat berlaku apabila suaminya, M. Sugu, didakwa memiliki senjata berbahaya dan juga dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Pavithra.

Namun Pavithra tetap memaafkan suaminya selepas apa yang telah berlaku ke atas dirinya

BACA : Pengguna YouTube Pavithra akan diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh

BACA : Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari

BACA : ‘Saya maafkan suami’ – Pavithra

BACA : Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube

BACA :  Sugu Pavithra bakal buat kemunculan semula

 

Dapatkan berita-berita menarik daripada Astro AWANI melalui pautan di bawah:





Source link