Artikel Terkini

Ini Cara Untuk Elak Duit Booking Fee Rumah Daripada ‘Burn’


Istilah booking fee atau lock fee dalam pembelian hartanah adalah istilah lazim sekiranya kita ingin beli rumah. Istilah booking fee atau earnest deposit banyak diguna pakai untuk hartanah jenis primer (undercon) dan lock fee sering diguna pakai untuk hartanah jenis sekunder (subsale).

Sebenarnya, sebelum kita menyerahkan sebarang wang sebagai tanda persetujuan untuk pembelian hartanah, anda perlu melakukan beberapa perkara bagi mengelakkan booking fee anda burn.

“Lock fee adalah sejumlah wang yang perlu kita bayar sebagai tanda setuju untuk beli sebuah rumah. Jumlahnya tidak tetap dan bergantung kepada agensi ejen hartanah yang menguruskan urusan jual beli hartanah.”

Kita perlu faham bahawa duit booking fee boleh burn kerana beberapa faktor. Jangan nanti bila duit booking dah burn, kita kata ejen hartanah yang menguruskan urusan jual beli hartanah menipu pula.

Jom kita tengok cara-cara nak elak duit booking fee daripada burn.

1. Semak Kelayakan

Tidak sedikit
pembeli rumah yang barangkali terlalu ghairah dan teruja saat ingin membeli
rumah terus membayar booking fee sebelum menyemak kelayakan mereka untuk
membeli rumah mereka.

Anda perlu semak
kelayakan anda daripada panel bank atau institusi kewangan terlebih dahulu.
Sekiranya anda bekerja di dalam sektor swasta, semak menerusi panel bank, dan
sekiranya anda bekerja di sektor awam, semak di LPPSA.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji

Hari ini, tidak susah untuk anda menyemak kelayakan anda kerana terdapat pelbagai portal online yang mampu menyemak kelayakan pinjaman hartanah anda semudah 60 saat sahaja.

Anda boleh semak kelayakan anda di salah satu portal di bawah.

2. Surat Perjanjian

Apabila kita membuat pembayaran booking fee, ejen hartanah akan memberikan surat perjanjian urusan jual beli atau turut dikenali sebagai Letter Of Offer To Purchase (OTP).

Surat perjanjian ini merupakan ‘nyawa’ kita kerana surat perjanjian ini mengandungi segala maklumat tentang ciri-ciri hartanah, harga yang dipersetujui untuk dibeli, alamat hartanah, tarikh pembayaran booking fee, amaun, dan paling penting tandatangan ejen hartanah, pembeli (kita) dan penjual (pemaju).

Rujuk juga terma dan syarat di dalam Letter Of Offer To Purchase tersebut berkenaan tarikh booking dan tarikh untuk kita menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli (SPA).

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Apa yang paling penting adalah, kita perlu :-

  • Tahu apa akan terjadi terhadap booking fee yang kita bayar jika pinjaman perumahan tidak diluluskan
  • Dapatkan salinan Letter Of Offer To Purchase dalam bentuk PDF atau bercetak

3. Bayaran Booking Fee

Jangan sesekali
membuat bayaran menerusi akaun bank peribadi ejen hartanah kerana bayaran
booking fee perlu dibuat kepada akaun agensi ejen hartanah.

Kita juga tidak digalakkan untuk membuat bayaran secara tunai atau menerusi ATM dan cara paling baik adalah dengan membuat pembayaran menerusi bank draf ke Client Account.

Baca : Nak Beli Rumah Pertama, Fahamkan Kos-Kos Yang Anda Kena Bayar

Buat pengetahuan
anda, terdapat akaun khas yang akan memegang booking fee yang telah dibayar
bakal pembeli rumah dan akaun ini dipantau
sepenuhnya oleh Lembaga Penilai dan Pentaksir Malaysia (LPPEH).

Manakala untuk kita yang ingin membeli hartanah sekunder (subsale) pula, cara terbaik untuk bayar booking fee adalah dengan melantik peguam hartanah yang akan menguruskan urusan perundangan jual beli hartanah.

Peguam hartanah akan membantu kita dengan menyediakan booking form sebagai penyata hitam putih pembayaran booking fee yang dikenakan.

Kemudian, kita boleh membuat bayaran booking ke Client Account firma guaman hartanah tersebut dan bukan ke dalam akaun pemilik rumah tersebut.

4. Booking Fee Termasuk Deposit Atau Tidak?

Untuk rumah sekunder (subsale) ramai yang tidak tahu bahawa booking fee yang kita bayar sebenarnya termasuk deposit rumah anda.

Sekiranya kita telah membuat pembayaran sejumlah 3% booking fee, anda hanya perlu bayar baki 7% lagi yang juga boleh dikeluarkan daripada Akaun 2 KWSP.

Apa yang penting, baki 7% deposit tersebut kita akan bayar ke akaun syarikat guaman hartanah dan selanjutnya peguam hartanah akan menyerahkan baki wang tersebut kepada pemilik hartanah.

Baca : Tips Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah

Lebih mudah sekiranya kita menggunakan khidmat peguam hartanah dari agensi hartanah yang sama supaya proses jual beli rumah lebih lancar dan cepat.

Menurut pengalaman ejen-ejen hartanah, 90% punca booking fee rumah burn kerana pembeli rumah telah menolak tawaran pembiayaan pinjaman bank kerana kadar faedah (interest rate) yang tinggi. Menolak tawaran pembiayaan pinjaman bank dan permohonan ditolak adalah dua perkara yang berbeza.

Elak melakukan kesilapan ini dengan menyemak kelayakan kita dan memilih panel bank dengan kadar faedah yang berpatutan.  

Iklan


Iklan



Source link