Artikel Terkini

Jangan Putus Asa, Masih Ada Bantuan Pembayaran Balik Pinjaman Bersasar


Moratorium secara otomatik bakal berakhir pada 30 September, dan pihak AKPK sarankan rakyat Malaysia agar mengambil langkah-langkah proaktif dalam menilai keadaan kewangan masing-masing pada masa ini dan untuk masa hadapan.

Ketika ekonomi negara sedang menunjukkan tanda-tanda pemulihan, kami faham bahawa masih terdapat ramai individu yang cuba sedaya upaya untuk menangani impak pandemik COVID-19.

Para pelanggan yang menjangkakan akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran balik pinjaman harus menghubungi pihak bank masing-masing bagi berbincang mengenai pembayaran balik pinjaman mereka sebelum tempoh moratorium tamat.

Terdapat pelbagai pilihan bantuan pembayaran balik pinjaman bersasar bagi membantu para pelanggan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

Antaranya, adalah seperti mengurangkan jumlah komitmen bulanan, melanjutkan jadual pembayaran-balik pinjaman dan/atau menukar syarat-syarat pembiayaan bagi menyesuaikan diri mereka dengan situasi yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Walau bagaimanapun, para pelanggan juga boleh mendapatkan nasihat dan bantuan secara bebas dari pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sekiranya cadangan dari pihak bank tidak memenuhi komitmen kewangan mereka secara menyeluruh ataupun mereka sudahpun mempunyai  beberapa pinjaman dari bank. 

Pihak AKPK akan mempertimbang komitmen kewangan mereka secara menyeluruh dan seterusnya menyediakan beberapa pelan pembayaran balik pinjaman yang sesuai bagi keputusan pelanggan. Dalam itu, AKPK juga ada menyediakan khidmat kaunseling dan pendidikan dalam pengurusan kewangan secara berhemat.

Khidmat-khidmat tersebut akan membantu para pelanggan untuk meningkatkan produktiviti mereka di tempat kerja dan dan seterusnya memberikan ketenangan minda apabila situasi kewangan terkawal.  

Ulasan ini dibuat oleh: Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit)

Iklan


Iklan



Source link