Artikel Terkini

Jeff Bezos Berjaya Menambah Kekayaan $13 Bilion Dalam Masa 15 Minit


Hanya dalam 15 minit sahaja, pengasas Amazon iaitu Jeff Bezos telah menambah kekayaan beliau sebanyak $13 bilion. Semuanya gara-gara beliau memiliki sebanyak 12% saham di dalam Amazon.

Dengan penambahan kekayaan tersebut, beliau menduduki tahkta orang terkaya di dunia selepas ianya kerap berubah di antara dirinya, Bill Gates dan juga Bernard Arnault.

Faktor utama yang menyumbang kepada penambahan kekayaan Jeff Bezos adalah peningkatan harga saham Amazon yang naik secara mendadak minggu lepas. Amazon yang berjaya membuat jualan luarbiasa pada cuti sempena sambutan tahun baru dan juga perayaan hari Krismas.

Amazon yang mengeluarkan penyata suku tahun akhir pada minggu lepas dan syarikat tersebut berjaya membuat jualan sebanyak $87 billion pada suku tahun keempat. Saham Amazon telah naik sebanyak 12% hanya dalam masa 15 minit sahaja.

Industri peruncitan Amerika Syarikat berkembang dengan pesat sejak akhir-akhir ini. Jika sebelum ini, gergasi peruncitan dunia seperti Walmart dan juga peruncitan lain bersaing sesama sendiri bagi menyediakan pengalaman pembelian yang menarik kepada pelanggan mereka; kini mereka telah mendapat persaingan yang luar biasa daripada Amazon.

Amazon telah mengubah cara tradisional membeli belah kepada era baru menggunakan e-commerce yang lebih mudah, murah dan menjimatkan masa pelanggan.

Amazon berjaya menguasai pasaran peruncitan e-commerce di Amerika Syarikat sejak akhir ini dengan penguasaan sebanyak 50%. Jualan sempena dengan cuti akhir tahun dan Krismas telah memihak kepada Amazon.

Syarikat ini telah mengambil market share yang banyak dari gergasi peruncitan seperti Walmart dan juga Target.

Jualan tahunan itu dibantu oleh strategi yang dilakukan oleh Amazon dengan memberi perhatian yang lebih terperinci terhadap Amazon Prime. Di antara langkah yang dilakukan oleh Amazon dalam menjaga pengalaman pembelian untuk Prime Member mereka adalah berjanji akan memberi penghantaran percuma kepada Prime Member jika penghantaran mengambil masa lebih daripada 24 jam dari tempoh pembelian.

Selain itu juga, Amazon telah memperbanyakkan pusat pengumpulan barang di seluruh Amerika Syarikat. Prime member Amazon yang dipercayai seramai 150 juta seluruh dunia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima.

Amazon juga sedang bersaing hebat di dalam teknologi simpanan awam. Hala tuju syarikat tersebut sedikit terganggu tahun lalu akibat persaingan dengan Microsoft dalam merebut kontrak ketenteraan  yang bernilai $10 bilion yang menyaksikan Amazon tewas dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada Microsoft.

Simpanan Awan Amazon yang lebih dikenali sebagai Amazon Web Servis (AWS) merupakan tulang belakang Amazon kerana ia merupakan punca keuntungan utama syarikat  berbanding dengan sektor perniagaan yang lain.

Amazon yang tidak berpuas hati dengan kepuusan tersebut telah membuat rayuan kepada Makahamah Perseketuan Amerika Syarikat bagi mengangguhkan kerjasama di antara Microsoft  dengan pihak Pentagon.

Selain Jeff Bezos, turut mendapat habuan dari kenaikan saham Amazon adalah bekas isteri beliau. MacKenzie yang memiliki sebanyak 4% saham saham Amazon telah menjadi wanita ke-4 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan sebanyak $37 bilion. Sebelum ini, MacKenzie telah menjual sebanyak 200,000 unit yang bernilai $ 400 juta pada awal tahun.

Selain saham Amazon, pesaing terdekatnya di dalam sektor simpanan awam iaitu Microsoft juga mendapat kesan yang positif apabila membentangkan laporan tahunan dan menyebabkan harga saham syarikat itu meningkat. Bill Gates dan Steve Ballmer turut menambah kekayaan mereka ekoran kenaikan harga saham Microsoft.

Lain pula yang menimpa nasib pengasas Facebook iaitu Mark Zukenberg. Laporan kewangan yang dibentangkan oleh syarikat tersebut tidak menyebelahi dirinya yang menyaksikan beliau kehilangan $4 bilion apabila harga saham Facebook jatuh sebanyak 8%. Walaubagaimanpun, Mark masih lagi memegang tempat keenam orang terkaya dunia menurut perkiraan Forbes.

Sumber Rujukan:



Source link