Artikel Terkini

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu hadapan



KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran kewangan.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan Islam semalaman berada pada 2.48 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu mengakhiri minggu ini, masing-masing pada 2.53, 2.58 dan 2.63 peratus.

Sepanjang minggu ini, BNM campur tangan pada setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender seperti tender pasaran wang konvensional, tender pasaran wang Murabahah, Qard dan tender repo terbalik.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional untuk minggu ini meningkat kepada RM42.29 bilion daripada RM19.37 bilion yang direkodkan semasa Jumaat lepas, manakala dalam sistem Islam, ia menokok kepada RM25.27 bilion berbanding RM8.8 bilion.

— BERNAMA





Source link

Related Posts