Uncategorized

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 1


Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 2

Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri? Sudah pasti jika ditanya kepada sesiapa pun, memiliki rumah pasti terdapat dalam ‘ultimate goals’ mereka.

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 3

Kredit : The Malaysian Edge

Namun begitu, melihat kepada harga rumah yang dijual pada hari ini, rata-rata boleh dianggap terlalu mahal terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 4

Kredit : Flickr

Memiliki rumah bukan lah hanya bermaksud anda hanya mempunyai pilihan dengan membeli daripada pemaju tetapi anda sebenarnya seharusnya memikirkan juga pilihan lain seperti membeli tanah terlebih dahulu dan kemudiannya membina rumah di atas tanah tersebut.

Apa kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri?

Antara kelebihan membina rumah di atas tanah sendiri ialah anda dapat menentukan reka bentuk rumah itu sendiri.

Ini bermakna anda berpeluang untuk mereka bentuk rumah berdasarkan citarasa anda sendiri dan dalam masa yang sama mengikut kemampuan kewangan anda!

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 5

Kredit : Reaction GIF

Baca : Bagaimana Nak Bina Rumah Atas Tanah Sendiri ?

Pendek kata, anda sebenarnya mampu mengawal kos pembinaan rumah bergantung kepada kemampuan anda serta bebas memilih konsep rumah berdasarkan pilihan anda sendiri.

Selain itu, kos pembinaan rumah di atas tanah sendiri juga adalah lebih murah jika dibandingkan dengan kos membeli rumah. Anda boleh sahaja membuat carian di internet atau bertanyakan kepada kontraktor.

“Tahukah anda, rumah yang dijual oleh pemaju pada harga RM1 juta sebenarnya boleh dibina di atas tanah sendiri dengan kos kurang RM300,000 sahaja?”

Kelebihan lain yang jelas dapat dilihat ialah anda berjaya menambah aset kekal di atas tanah sendiri. Seperti kita tahu, harga rumah dan harga tanah scara amnya boleh dikatakan meningkat setiap tahun.

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 6

Kredit : Edge Prop

Ini bermakna, jika anda membina rumah di atas tanah sendiri, aset kekal anda juga meningkat setiap tahun.

Bagaimana mahu membina rumah di atas tanah sendiri?

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 7

Kredit : Mahligai Idaman

Pertama sekali, anda mesti memastikan geran tanah yang anda mahu bina rumah itu adalah di atas nama anda sendiri dan status tanah itu adalah berstatus kediaman.

Baca : Risiko Beli Tanah Lot Tanpa Geran Individu (Lot Lidi)

Jika tanah itu berstatus pertanian, anda perlu menukar status tanah itu terlebih dahulu. Untuk lebih memudahkan, anda boleh menggunakan khidmat perunding tanah atau peguam untuk melancarkan proses ini.

Keduanya, anda perlu melihat keadaan tanah itu sama ada ia adalah tanah rata, tanah rendah, berbukit, tanah lembah atau sebagainya.

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 8

Kredit : Giphy

“Semak status tanah samada ianya jenis pertanian atau lot lidi sebelum melukis pelan rumah di atas tanah tersebut!”

Anda perlu menambak tanah serta meratakan tanah tersebut dengan menggunakan duit poket sendiri. Anda juga harus menyemak batu sempadan tanah supaya tidak tersalah membina rumah di atas tanah orang lain.

Setelah semua proses itu selesai, anda kemudiannya boleh berjumpa dengan kontraktor dan arkitek bagi urusan rekabentuk pelan rumah.

Baca : Pesanan Untuk Anak Muda Yang Ingin Beli Rumah Pertama

Pelan rumah ini seterusnya perlu dibawa kepada Majlis Daerah atau Perbandaran bagi mendapatkan kelulusan pembinaan.

Kelebihan Bina Rumah Di Atas Tanah Sendiri 9

Kredit : Android APK

Cara pembiayaan bina rumah sendiri sama ke dengan beli rumah daripada pemaju?

Anda boleh membiaya kos pembinaan rumah melalui bayaran tunai mengikut tahap atau peratusan rumah itu dibina mengikut perjanjian anda dengan kontraktor.

Terdapat juga pilihan lain seperti pinjaman bank atau pinjaman melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Konsepnya sama sahaja seperti membuat pinjaman bagi pembelian rumah daripada pemaju.

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai tanah dan ingin membuat rumah idaman anda, anda boleh mulakan dengan mengira kos – kos utama, merangka pelan dan mencari kontraktor yang bertauliah. Semoga berjaya dari Hartabumi!


Langgan Info Terkini





Source link