Artikel Terkini

Kenapa Melabur Dalam Saham Boleh Jadi Kaya?


Pelaburan saham adalah cara yang paling ringkas untuk mencari keuntungan, tetapi tidak mudah untuk kita menjadi kaya dalam dunia saham. Untuk membuatkan pasaran saham mudah untuk difahami, ianya seolah-olah kita memiliki perkongsian dana perniagaan dalam sesebuah syarikat.

Kita boleh bayangkan kita sebagai pemilik sebahagian kecil dalam syarikat tersebut. Jika kita masih baru dalam dunia saham, berikut adalah analogi mudah.

Dengan menggunakan contoh visual, gambarkan sebuah syarikat yang mengendalikan jualan hartanah (real estate) dan kita pula memiliki sebahagian kecil (misalnya, dua ekar) daripada 100,000 ekar ladang kelapa sawit. Jika perniagaan kelapa sawit tersebut berkembang dengan baik, kita juga akan mendapat manfaat keuntungan.

Bayangkan jika kita boleh mengaut keuntungan sebanyak RM5,000 bagi setiap ekar, maka kita akan mendapat keuntungan sebanyak RM10,000 untuk pemilikan kecil tersebut.

Melalui pemahaman ringkas seperti ini, kita sudah boleh mencipta keuntungan. Dalam sudut yang lain, selagi syarikat-syarikat tersebut membuat keuntungan daripada semasa ke semasa, maka selagi itulah kita berpotensi besar untuk menjana keuntungan.

Walaubagaimanapun, dewasa ini
kebanyakan daripada kita lebih suka bergantung atau mengharapkan untuk
mendapatkan kekayaan dengan lebih cepat dan mudah. Pendapat ini sebahagian
besarnya adalah benar, kerana kebanyakan pelabur menganggap pasaran saham
seperti mempertaruhkan loteri spekulatif bagi mendapatkan keuntungan yang
menakjubkan.

Jika diimbas keseluruhan jenis pasaran yang ada dalam dunia pelaburan, maka saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang paling menguntungkan untuk kita melabur. Contohnya jika kita melabur dalam emas fizikal, 1 ounce (oz) adalah bersamaan dengan $1,516.

This image has an empty alt attribute; its file name is Mengapa-Melabur-Dalam-Saham-Boleh-Membuatkan-Anda-Kaya2-700x368.jpg

Kelemahan pelaburan komoditi seperti emas ialah ia tidak mempunyai kecairan aliran tunai untuk dikembalikan kepada kita dalam tempoh yang singkat. Namun jika kita percaya bahawa sekeping emas bernilai lebih daripada yang kita bayar sebelum ini, maka kita bolehlah membuat pelaburan ke dalam emas.

Jika kita melabur ke dalam pasaran saham, lebih kurang 100 tahun yang lalu Dow Jones berada di paras $53, dan hari ini ianya telah melepasi paras $28,000. Berapa % kenaikan tersebut? Banyak kan?

100 tahun lama sangat? Kalau nak tahu, jika kita melabur sebanyak $1,000 USD dalam syarikat Pepsi atau Coca-Cola sepuluh tahun lepas, kita akan mendapat pulangan sebanyak $3,100 USD untuk Pepsi, dan $2,900 USD untuk Coca-Cola.

Ianya merupakan pulangan sebanyak 310% bagi Pepsi dan 290% bagi Coca-Cola. Boleh baca selanjutnya di Beli Saham Coca-Cola atau Pepsi 10 Tahun Lepas, Mana Lebih Untung?

10 tahun pun lama, dan ada tak contoh saham di Malaysia? Jemput baca Peram Saham-Saham Ini 5 Tahun Lepas, Sekarang Pulangan Lebih 100%.

Berbalik kepada topik utama perbincangan kita, jika dirumuskan tahap peluang untuk kita mencipta kekayaan dalam saham adalah tinggi. Kita seharusnya terbuka untuk memikirkan pelaburan dalam jangka masa panjang, daripada asyik mengejar keuntungan jangka masa pendek.

Komen

komen





Source link