Uncategorized

Khazanah umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu

Khazanah umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu 1



Khazanah umum pelantikan Ahli Lembaga Pengarah baharu 2

SAYAP pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad mengumumkan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pengarah baharu bermula 26 Jun lalu.

Mereka yang dilantik ialah Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, To’ Puan Azian Mohd Aziz dan Pengasas SenseTime dan Profesor di Chinese University of Hong Kong, Profesor Xiao’ou Tang.

Seorang lagi Ahli Lembaga Pengarah baharu Khazanah yang turut dilantik ialah Naib Presiden Eksekutif Kanan dan Pengerusi Pemasaran dan Penjenamaan Kumpulan Tencent Holding Company Limited, Lau Seng Yee.

Khazanah dalam kenyataannya mengalu-alukan pelantikan ketiga-tiga Ahli Lembaga Pengarahnya selain berharap akan terus dapat bekerja rapat dengan lembaga pengarahnya yang dipimpin oleh Pengerusinya, Dr Mahathir Mohamed untuk menyampaikan mandatnya sebagai sayap pelaburan negara.

Pelantikan ini menjadikan jumlah keseluruhan Ahli Lembaga Pengarag Khazanah kepada sembilan orang termasuk Dr Mahathir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Goh Ching Yin, Dr Sukhdave Singh dan Datuk Shahril Ridza Ridzuan.





Source link

Related Posts