Artikel Terkini

Kisah Kejayaan Travis Kalanick – Founder Uber


Dilahirkan pada 6hb Ogos 1976, Travis Kalanick merupakan pengasas Uber. Diasaskan sebagai ‘UberCab’ atau pun teksi Uber, ianya telah diasaskan oleh Travis Kalanick bersama-sama dengan Garrett Camp.

Sedikit bertentangan dengan kepercayaan popular, Uber bukanlah perkhidmatan teksi yang menyediakan syarikat pengangkutan. Ianya adalah sebuah syarikat yang membangun, memasar dan mengendali aplikasi ‘Uber’. Untuk pengetahuan anda, aplikasi ini menghubungkan pengguna yang memiliki telefon pintar, kepada pemandu Uber secara personal.

Pada tahun 2014, Uber telah dinilai sebagai syarikat ke-48 paling berkuasa di Amerika Syarikat dan pada tahun semasa, ia mempunyai penilaian sebanyak $50 bilion USD. Bercakap tentang Travis Kalanick, nilai kekayaan beliau adalah $6 bilion USD dan termasuk dalam 400 orang terkaya di Amerika Syarikat.

Siapa
Travis Kalanick Sebenarnya?

Tahukah anda, Travis Kalanick tidak mempunyai kedudukan istimewa di dunia tetapi berjaya dalam kerjayanya hasil usaha beliau sendiri.

Travis Kalanick adalah seorang genius dalam ilmu matematik. Kemahiran matematiknya, telah banyak membantu beliau dengan syarikat Uber. Namun itu bukanlah sebab sebenar syarikat itu berjaya.

Sebaliknya, ia adalah keupayaannya untuk membuat tindakan dan memahami akibatnya terlebih dahulu, itulah yang membantu Uber bertapak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Travis juga adalah seorang lelaki yang mempunyai tujuan dan matlamatnya tersendiri.

Perkara Yang Boleh Kita Contohi Dari Travis Kalanick

Jika kita ingin menjadikan Travis sebagai seorang mentor atau pun idola, kita harus bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang sukar dan bertukar pandangan dengan orang lain ke arah yang lebih positif.

Travis sedang bertarung dengan banyak pesaing yang hebat-hebat, tetapi ianya tidak menghalang Uber daripada berkembang pesat. Ini disebabkan oleh sikapnya yang ‘tidak pernah berhenti’.

Teddy Roosevelt, Steve Jobs dan ramai lagi pemimpin berwawasan adalah merupakan tokoh yang tidak kenal erti menyerah kalah.

Jika semua orang mengasihi kita, ini mungkin bermakna kita telah kehilangan plot dan hala tuju. Malahan, Mahatma Gandhi pun mempunyai sekumpulan orang yang membencinya.

Oleh itu, jangan takut dengan kegagalan di dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang perniagaan sekali pun.

Sumber RujukanIluminasi



Source link