Uncategorized

KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu

KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu 1


Kita sedia maklum bahawa jerung-jerung seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Khazanah Nasional dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) banyak melabur dalam pasaran saham Malaysia dan luar negara.

Nak tahu mereka banyak labur kat mana, jemput baca:

Untuk itu, jom kita tengok pendapatan dalam bentuk dividen di dalam syarikat-syarikat di mana mereka menjadi pemegang saham.

KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu 2
Sumber: The Edge

KWSP dan Khazanah Naik Sedikit

Kalau diikutkan, pendapatan KWSP meningkat 5.4%. Ianya disokong oleh pendapatan dividen daripada RHB Bank yang naik mendadak.

Manakala Khazanah pula meningkat sebanyak 2% yang disumbang oleh peningkatan dividen yang dicatatkan oleh CIMB Group.

ASB Pula Turun, Tapi Tak Banyak

Manakala pendapatan dividen bagi dana yang diurus Permodalan Nasional Berhad iaitu ASB pula kelihatan turun sedikit berbanding tahun lepas. Sime Darby Berhad mencatatkan peningkatan, tetapi Sime Darby Property pula mencatatkan penurunan.

Daripada Segi Capital Gain, KWSP dan ASB Naik Banyak

Itu keuntungan daripada segi dividen, tapi kalau daripada segi kenaikan harga saham – ianya sangat memberangsangkan.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-KWSP-di-Bursa-Malaysia-700x606.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Terbaik, nampaknya KWSP mencatatkan peningkatan sebanyak RM4 bilion dalam nilai pegangan atau +5.72% bagi 6 bulan pertama tahun 2019. Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), Telekom Malaysia (TM) dan IJM Corporation adalah yang paling menyerlah sekali.

This image has an empty alt attribute; its file name is 20-Pegangan-Saham-Terbesar-Skim-ASB-di-Bursa-Malaysia-700x566.jpg
Sumber: The Edge dan Bloomberg

Alhamdulillah, ASB telah berjaya meraih penambahan nilai sebanyak RM1.7 bilion atau +2.30% bagi enam bulan pertama tahun 2019 ini. 3 penyumbang terbesar kepada peningkata ini adalah Sapura Energy, Velesto Energy dan Telekom Malaysia (TM).

Dividen Lebih Tinggi Tahun Ini?

Dengan peningkatan dividen dan nilai pegangan saham, adakah kita boleh jangkakan peningkatan dalam dividen yang akan dikeluarkan KWSP dan ASB tahun ini?

Sama-sama kita nantikan…

KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu 3

KWSP dan Khazanah Catat Pendapatan Dividen Yang Meningkat Pada Tahun 2019 Berbanding Tahun Lalu 4

Komen

komen





Source link