Artikel Terkini

Labu + Lobak Merah + Tomato + Betik – Resepi Baja Penggalak Bunga


Pelbagai kaedah dan jenis baja yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil bunga yang kembang mekar di laman. Sama ada dengan menggunakan bahan organik mahupun kimia, pasti ada hasilnya. Namun kali ini LAMAN IMPIANA nak galakkan anda untuk hasilkan baja penggalak bunga dari buah-buahan atau sayuran yang rosak dari dapur anda.
Buahan dan bungaan (250 g setiap bahan):
1. Pisang
2. Labu
3. Lobak merah
4. Tomato
5. Betik
6. Bunga-bungaan

 


Nota: Kesemua buah-buahan diambil dengan kulit sekali. Lebih ranum buah lebih baik.


 

Perisa: 
1. Gula merah (5 kg)
2. 1 sudu makan EM
3. 1 sudu makan IMO

 

Alat:
1. Bekas plastik besar
2. Kain
3. Botol

 

Cara pembuatan :
1. Potong semua buah-buahan
2. Masukkan ke dalam sebuah bekas plastik
3. Campur bunga, gula merah, EM dan IMO
4. Kacau dan lenyek dengan menggunakan senduk kayu. Jangan gunakan tangan.
5. Tutup bekas plastik itu dengan kain
6. Peram sekurang-kurangnya 10-14 hari
7. Selepas hari ke 10-14, tapis buahan yang diperam.
8. Hasil cecair disimpan ke dalam botol
9. Hampas tapisan pula boleh diperam untuk kali kedua, dengan tambahan gula merah. Sukatan lebih kurang sama macam peraman kali pertama

Peraman kali kedua bolehlah lebih lama lagi. Terpulang pada anda, tapi peraman kali kedua boleh sehingga mencapai 1 bulan, selepas itu tapis lagi, dan campurkan hasil peraman kali kedua dengan hasil peraman kali pertama.

 

Penggunaan:

Nisbah: 1 atau 2 sudu makan dengan 1 liter air.

1. Boleh campurkan bersama EM dan baja ikan.
2. Siram tanah atau sembur pada daun.
3. Kekerapan semburan: 1 atau 2 kali seminggu atau ikut kerajinan anda.

Selamat mencuba.



Source link