Artikel Terkini

Lelaki Atau Wanita Yang Lebih Bijak Dalam Kewangan Dan Pelaburan?


Tajuk ini saja bikin panas kan?

Secara keseluruhan, 40% wanita  kurang melabur tunai dalam pasaran mengikut survey yang dijalankan digital investment platform, Wealthsimple.

Survey yang dilakukan oleh Lexington Law pula menyatakan 35% lelaki sanggup melabur jika ada lebihan $1,000 berbanding wanita.

Namun, wanita secara konsisten mampu meraih pulangan 40% lebih tinggi secara kasar dan meningkatkan akaun mereka sebanyak 12.4% mengikut kajian dari pihak Fidelity Investments.

Yang Mana Satu Lebih Tepat?

Masalahnya mengikut kajian dari Wealthsimple, wanita millennial 47% lebih stres berbanding lelaki dalam bidang kewangan, kerana jangka hayat seorang wanita 5 tahun lebih daripada lelaki.

Kos ketika bersara untuk wanita adalah 5 kali ganda lebih daripada lelaki.

Pernah dengar ungkapan “Women have to do more with less”?

Banyaknya kerja yang dilakukan wanita, tetapi bayaran gaji diterima tidak setimpal. Ini disebabkan oleh faktor fasa kehidupan seorang wanita juga. Faktor keluarga, faktor kesihatan memerlukan wanita untuk berhenti kerja.

Apabila ingin memulakan kembali kerjaya, walaupun memiliki kelulusan tetapi disebabkan pernah berhenti dan skil yang ada dalam bidang tertentu memerlukan pengalaman berterusan; gaji yang diterima akan kurang daripada lelaki dengan kelulusan yang sama.

“Ini satu hal yang perlu diberi perhatian, apabila wanita tidak melabur, kuasa compounding tidak dapat dinikmati sepenuhnya” kata Mike Katchen, pemilik bersama dan CEO Wealthsimple.

Ianya lebih daripada sekadar nombor. Wang itu pilihan dan wang juga adalah kebebasan.

Wanita yang tidak mula melabur hari ini akan hilang rasa keyakinan pada masa akan datang apabila tibanya hari tua kelak.

Melabur dan melihat baki wang kita bertambah setiap tahun adalah seperti melihat bayi kita membesar atau pokok yang kita tanam mula membuahkan hasil.

Jadi, Kenapa Wanita Takut Melabur?

Sebenarnya, wanita tak berapa faham bahasa lelaki. Lelaki lebih kepada fakta dan analisa yang mendalam dan adakalanya wanita pening dan penat ingin memahami setiap satu urusan samaada untuk hal pembayaran seperti bil, kiraan interest dan ketakutan yang menyelubungi diri sendiri dan juga kurang pendedahan dari usia yang muda.

Tetapi sekarang semuanya mudah dan semuanya di hujung jari. Bermula sekarang walaupun RM500, dengan kuasa magik compounding secara purata 8% setahun, kita boleh dapat pulangan sebanyak dua kali ganda setelah 9 tahun melabur.

Inilah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Rule of 72’

Setiap pelaburan kita boleh berganda mengikut peratusan dividen yang diperolehi.

Faktor lain adalah wanita merupakan seorang yang konservatif, mereka memang suka simpan wang untuk kecemasan tetapi dalam bank, bawah bantal, tabung rumah, dalam almari dan bermacam-macam lagi tempat.

Berbanding lelaki, mereka ini agresif sikit dan suka mencuba sesuatu yang baru. 

Baik lelaki atau wanita, mungkin bagi perbelanjaan kecil dan untuk hal dalam rumah dan sesuatu majlis, wanita lebih memahami keperluan isi rumah; jadi seeloknya hal in boleh diserahkan kepada wanita.

Bagi perbelanjaan besar seperti yang melibatkan rumah, kenderaan, tanah mahu pun pelaburan, lelaki lebih berani mengambil risiko dan lebih bijak mengurusnya.

Jadi, gabungan lelaki dan wanita amat diperlukan untuk menguruskan kewangan yang baik. Sebab itulah kita saling melengkapi di dalam alam perkahwinan.

Sumber Rujukan: NBC News

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu



Source link