Majlis Daerah Hulu Selangor
Apakah itu OSC Online?
OSC Online adalah sebuah sistem elektronik untuk membuat penyerahan pemohonan dan memproses permohonan untuk kawalan pemajuan. Ianya juga merupakan suatu platform elektronik untuk mendapatkan maklumat dan berkomunikasi secara dua hala untuk maklumat-maklumat berkenaan dengan kawalan pemajuan.
Apakah modul-modul utama OSC Online?
2 modul utama adalah e-penyerahan di mana pemohon perlu mendaftar, muatnaik dan serah permohonan dan e-pemprosesan di mana agensi-agensi teknikal dalaman dan luaran memproses permohonan.
Apakah sub modul OSC Online?
Terdapat 8 submodul OSC Online iaitu :
– e-permohonan = pemohon kemukakan mana-mana permohonan dari 32 jenis permohonan yang disenaraikan.
– e-permintaan perkhidmatan = pemohon kemukakan permohonan yang selain daripada 32 jenis permohan yang telah disenaraikan.
– e-rujukan = menyenaraikan keperluan-keperluan lain berkaitan pembangunan di sesuatu PBT selain daripada keperluan seragam yang disenaraikan
– e-tanya = pre-consultation secara online
– e-aduan = membuat aduan terhadap proses dan prosedur OSC Online yang berkaitan dengan permohonan
– e-panduan = maklumat Geographic Information Systems (GIS) bagi PBT Berkaitan
– e-bayaran = pengemukaan bukti bayaran berkaitan kawalan pembangunan
– e-kad laporan = menilai dan menaraf prestasi perkhidmatan-perkhidmatan OSC Online.
Siapakah pemohon kepada OSC Online ?
Pemohon ialah orang berkelayakan yang mengemukakan permohonan kepada PBT selaras peruntukan akta-akta yang berkaitan, di antaranya termasuk arkitek, jurutera, perancang, juruukur tanah dan pelukis pelan bangunan.
Siapakah Pengguna-Pengguna untuk OSC Online?
Pengguna-pengguna OSC Online adalah :
1. Pemohon termasuklah, Perancang Bandar Bertauliah, Arkitek Bertauliah, Jurutera Bertauliah, Juruukur Bertauliah, dan Pelukis Pelan Bangunan.
2. Urusetia OSC di PBT
3. Agensi Teknikal Dalaman di PBT termasuk Jabatan Perancang, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Lanskap, Jabatan-Jabatan Lain yang memproses di PBT
4. Agensi Teknikal Luaran termasuk, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Pihak Berkuasa Air Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Indah Water Consortium, Jabatan- Jabatan Lain (Mengikut Keperluan PBT)
5. Pentadbir sistem iaitu Jabatan ICT di PBT
6. Orang Awam
Perlukah pemohon berdaftar dengan PBT?
Pendaftaran pemohon adalah menggunakan konsep single sign on di mana pemohon mengisi dan memuatnaik maklumat pendaftaran sekali sahaja di laman sesawang KPKT yang seterusnya boleh dihantar kepada laman sesawang PBT yang dipilih sendiri oleh pemohon.
Bagi aspek kawalan terhadap dokumen dan memandangkan setiap PBT adalah merupakan pihak berkuasa perancangan tersendiri maka setiap PBT akan menjana kata pengguna dan kata laluan tersendiri. Pemohon hendaklah menggunakan kedua-dua kata pengguna dan kata laluan tersebut apabila berurusan dengan PBT yang berkaitan.
Apakah format pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik?
Pelan-pelan dan dokumen yang dimuatnaik adalah dalam format PDF.
Kenapa dalam format PDF dan bukan CAD file?
Fail permohonan lebih kecil dan ringan serta tidak membebankan sistem dan storage. Seperkara lagi tiada pindaan boleh dibuat ke atas pelan-pelan dan dokumen oleh pegawai penyemak.
Adakah hardcopy masih diperlukan dalam melaksanakan OSC Online?
1 hingga 3 set lengkap dokumen dan pelan perlu dikemukakan di peringkat penyerahan sebagai proof of submission dan di peringkat endorsan di atas pelan setelah JawatanKuasa OSC membuat keputusan.
Bila hardcopy dikemukakan?
Dalam tempoh 3 hari selepas dokumen dan pelan-pelan dihantar secara online iaitu apabila butang hantar diaktifkan.
Adakah pendekatan e-signature digunakan dalam OSC Online?
Pada peringkat ini pemohon masih perlu menurunkan tandatangan pada hardcopy yang dihantar sebagai proof of submission dan pada pelan-pelan yang telah bersedia untuk diendos untuk dikeluarkan kelulusan rasmi e-signature akan diambilkira dalam fasa penambahbaikan seterusnya.
Berapa hari yang diambil oleh unit OSC untuk memproses permohonan?
5 hari kalender untuk mengambilkira pengemukaan hardcopy dalam tempoh 3 hari dari tarikh hantar permohonan secara online.
Berapa lamakah bahan-bahan yang telah dimuatnaik disimpan dalam sistem sebelum permohonan dipadamkan?
Pemohon akan dimaklumkan tentang perkara-perkara yang perlu dibekalkan untuk melengkapkan permohonan sebelum OSC membuat edaran. Sekiranya pemohon gagal mengemukakan perkara-perkara yang diperlukan iaitu gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari, permohonan akan dihantar kepada storage. Jika pemohon masih gagal mengaktifkan akaun dalam tempoh 7 hari seterusnya, dokumen-dokumen yang telah dimuatnaik akan dipadamkan. Bagi pemohon yang masih berminat untuk mengemukakan permohonan, muatnaik dan penyerahan perlu dilakukan semula.
Bolehkah pihak pemohon menyemak status permohonan secara online?
Pemohon boleh menyemak status permohonan secara online menggunakan ID projek dan ID permohonan. Pihak pemunya projek juga boleh menyemak status permohonan menggunakan kaedah yang sama.
Terdapat agensi teknikal dalaman atau luaran yang masih memerlukakan hardcopy untuk tujuan semakan. Bagaimanakah perkara ini dilaksanakan?
Agensi teknikal yang berkaitan perlu berurusan terus dengan pemohon untuk mendapatkan hardcopy. Walau bagaimanapun agensi teknikal disaran mengambil tindakan sewajarnya untuk berpindah dari kaedah menyemak atas hardcopy kepada kaedah menyemak secara online secara berperingkat.
Melalui OSC Online, bagaimanakah fee pemprosesan diuruskan?
Fee pemprosesan boleh dijelaskan melalui kaedah yang ditetapkan oleh PBT iaitu secara online dengan institusi perbankan yang terpilih atau di kaunter pembayaran PBT. Modul ePembayaran OSC Online hanya memerlukan bukti pembayaran dimuatnaik untuk disertakan bersama permohonan.
Bagaimana jika sesuatu permohonan menggunakan lukisan manual tetapi ingin dihantar secara online?
Lukisan manual tersebut perlulah diimbas dan dimuatnaik dalam format pdf.
Bagi permohonan yang dikemukakan secara online, perlukah pengemaskinian dibuat kepada Portal OSC?
Bagi permohonan secara online, pengemaskinian tidak perlu dibuat di dalam Portal OSC.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya ada keperluan untuk merujuk kepada lain-lain agensi teknikal yang tidak tersenarai dalam agensi teknikal yang telah ditetapkan?
Penambahan agensi teknikal lain selain daripada yang disenaraikan boleh dilakukan oleh pentadbir sistem di PBT masing-masing.
Adakah OSC Online menghadkan saiz fail dokumen yang dikemukakan?
Adalah disarankan saiz dokumen tidak melebihi 3MB, walau bagaimanapun dokumen yang melebihi 3MB, sedikit masa tambahan akan diambil bagi memuatnaik.
Apakah kelebihan OSC Online untuk pemohon?
Kelebihan untuk pemohon adalah seperti berikut:-
1. Penyerahan yang lebih efisien.
2. Kekurangan penggunaan kertas.
3. Pemantauan sendiri.
4. Berkomunikasi terus dengan pihak berkuasa.
5. Akses dari mana-mana tempat dan pada bila-bila masa.
Apakah jangkamasa untuk kelulusan permohonan?
Jangkamasa untuk kelulusan permohonan akan berubah mengikut kadar kemahiran pengguna-pengguna dari masa ke semasa. Ianya akan menjadi lebih cepat setelah pengguna lebih mahir menggunakan sistem.
Bagaimanakah OSC Online membantu mempercepatkan proses pertimbangan terhadap sesuatu permohonan?
OSC Online mampu untuk mempercepatkan permohonan melalui yang berikut:-
1. Penyerahan oleh pemohon secara terus 24/7.
2. Maklum balas terhadap permohonan secara terus 24/7.
3. Edaran untuk ulasan dan perakuan secara tersus 24/7.
4. Platfom elektronik untuk pemantauan secara real time
5. Sistem komunikasi elektronik secara real time.
Apakah itu Sistem Elektronik?
Sistem Elektronik adalah sebuah sistem yang direka dalam bentuk perisian komputer untuk digunakan oleh pengguna-pengguna untuk melaksanakan tugas dalam komputer. OSC Online merupakan sistem jaringan internet untuk kemudahan pengguna melaksanakan tugas dalam talian 24/7 dan dari mana-mana sahaja.
Siapakah yang layak mengeluarkan Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance, CCC)?
Hanya Orang Utama Yang Mengemukakan (Principal Submitting Person, PSP) yang layak untuk mengeluarkan CCC, bukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PSP terdiri daripada Arkitek, jurutera profesional dan pelukis pelan berdaftar.
Apakah peranan PBT dalam proses pengeluaran CCC?
Peranan PBT adalah sebagai pihak yang menjalankan check and balance memandangkan CCC dikeluarkan oleh PSP secara self certification dan self regulation. PBT boleh menggunakan kuasanya di bawah Seksyen 70(23)(a) dan (b), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) untuk menjalankan pemeriksaan semasa pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina adalah mematuhi pelan bangunan yang diluluskan. Sekiranya terdapat ketidakpatuhan, PBT boleh menahan pengeluaran CCC.
Bagaimanakah PBT menjalankan tanggungjawab duty of care terhadap orang awam bagi bangunan lama yang sedia ada?
Seksyen 85A, Akta 133 memberi kuasa kepada PBT untuk mengeluarkan notis kepada pemunya bangunan supaya mereka melaksanakan pemeriksaan struktur bangunan secara berkala selepas tempoh 10 tahun CCC dikeluarkan.
Adakah PSP ditentukan berdasarkan jenis pembangunan?
Surat Lembaga Jurutera Malaysia bertajuk ‘Nota-nota mengenai Pengemukaan Pelan-pelan oleh Arkitek-arkitek, Jurutera-jurutera Profesional dan Pelukis-pelukis Pelan Bangunan yang Berdaftar – Appendix A, B dan C’ telah mengenalpasti pihak yang sesuai untuk membuat pengemukaan pelan bangunan kepada pihak PBT berdasarkan jenis pembangunan. (Contohnya, PSP yang sesuai untuk projek kediaman atau perumahan adalah Arkitek, bukan jurutera profesional.)
Apakah tatacara pengeluaran CCC?
- Merujuk kepada Seksyen 70(20), Akta 133, PSP akan mengeluarkan CCC apabila beliau telah:
- Mengawasi pendirian bangunan dan memastikan pendirian tersebut menepati pelan yang diluluskan.
memastikan bangunan dibina dan disiapkan dengan mematuhi kesemua syarat teknikal* yang dikenakan oleh PBT.
(*Undang-Undang Kecil 2, Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 mentafsirkan syarat teknikal sebagai syarat yang berkenaan dengan isu kesihatan dan keselamatan yang berhubung dengan bangunan dan perkhidmatan perlu yang diadakan bagi bangunan itu). - Memastikan bahawa bangunan itu selamat dan layak untuk diduduki.
Apakah dokumen yang diperlukan bagi menyokong pengeluaran CCC?
Pengeluaran CCC perlu disokong oleh 21 bilangan Borang G. Hanya 8 bilangan Borang G yang memerlukan surat pengesahan / sijil kelayakan daripada Agensi Teknikal, iaitu:
- Borang G8 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM)
- Borang G9 (JBPM)
- Borang G11 (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP)
- Borang G13 (Pihak Berkuasa Air)
- Borang G14 (Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, JPP)
- Borang G15 (JPP)
- Borang G16 (Tenaga Nasional Berhad)
- *Borang G17 (PBT / Jabatan Kerja Raya, JKR)
(*sekiranya surat pengesahan tidak diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan, ia disifatkan telah diberikan).
Apakah cara terbaik pengeluaran CCC bagi pembangunan berfasa?
Bagi pembangunan berfasa yang diluluskan di dalam satu permohonan Kebenaran Merancang, cara terbaik yang perlu dilakukan oleh PSP adalah untuk menasihati pemaju / pemilik untuk membuat permohonan pelan bangunan secara berasingan mengikut fasa supaya pengeluaran CCC tidak akan bercanggah.
Apakah perbezaan di antara Borang F dan Borang F1 serta apakah kaitannya dengan Pemilikan Kosong (Vacant Possession, VP)?
Borang F adalah CCC dan Borang F1 adalah Partial CCC. Pembangunan berfasa akan menggunakan Borang F1 untuk setiap fasa sehingga fasa akhir siap. Justeru itu, Borang F akan dikeluarkan untuk keseluruhan pembangunan berfasa tersebut. Merujuk Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118), VP hanya boleh dikeluarkan bersama Borang F, iaitu CCC sahaja.
Bolehkah CCC ditarik balik?
Menurut perundangan semasa, sekiranya CCC telah dikeluarkan, ianya tidak boleh ditarik balik. PBT perlu menerima CCC tersebut kerana CCC tersebut adalah sah di sisi undang-undang. Walau bagaimanapun, sekiranya PBT mendapati terdapat perakuan palsu atau ketidakpatuhan dalam pengeluaran CCC tersebut, PBT boleh mengambil tindakan ke atas PSP berdasarkan Akta 133. Selain daripada itu, PBT juga boleh memajukan kes tersebut kepada Lembaga Arkitek Malaysia dan / atau Lembaga Jurutera Malaysia untuk tindakan di bawah Akta Arkitek 1967 (Akta 117) dan Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138). PBT juga boleh merujuk kepada JPN supaya tindakan boleh diambil ke atas Pemaju di bawah Akta 118.
Siapakah yang boleh menentukan kesahihan (validity) bagi CCC sekiranya terdapat pertikaian?
Menurut perundangan semasa, sekiranya CCC telah dikeluarkan walaupun melalui tatacara yang tidak betul, ianya masih sahih / sah. Walau bagaimanapun, perundangan sedia ada juga memberi kuasa kepada PBT untuk mengambil tindakan ke atas pengeluaran CCC sebegitu. Selain daripada itu, pengadu juga boleh membawa kes pertikaian kesahihan (validity) CCC ke mahkamah bagi keputusan terakhir.
Mengapakah CCC masih dikeluarkan walaupun terdapat banyak kecacatan (defects)?
Kebanyakan kecacatan yang didapati selepas sesuatu bangunan telah siap dibina, boleh dibaiki oleh pihak Pemaju dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (Defects Liability Period, DLP) seperti yang termaktub dalam Perjanjian Jual Beli. Kecacatan jenis ini adalah tidak kritikal dan tidak merbahaya. Walau bagaimanapun, terdapat jenis kecacatan yang amat kritikal dan boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan sesuatu bangunan. Jenis-jenis kecacatan ini telah dikenalpasti dalam ‘Senarai Kecacatan Berkaitan Pengeluaran CCC’ yang telah disediakan oleh pihak JKT. Sekiranya jenis kecacatan ini berlaku, CCC tidak boleh dikeluarkan.
Bolehkah PBT masih mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation, CFO) walaupun sistem CCC telah dilaksanakan sejak tahun 2007?
Pindaan kepada Akta 133 iaitu Akta A1286, Appendix Nota: Kecualian dan peralihan membenarkan pengecualian bagi pembangunan yang sedang menggunakan sistem CFO apabila sistem CCC diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Bagi kes-kes sebegitu, PBT boleh mengeluarkan CFO apabila Arkitek mengemukakan Borang E. Pelan bangunan tidak perlu disertakan bersama-sama pengemukaan Borang E. Ianya memadai dengan hanya menyatakan nombor kelulusan pelan bangunan sahaja. Dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang E dikemukakan, CFO hendaklah dikeluarkan oleh PBT, dan sekiranya gagal, permohonan hendaklah dianggap telah diluluskan dan CFO telah dikeluarkan.
Dapatkan Quotation Anda Sekarang!
BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?
Kami akan bina rumah berdasarkan budget yang anda tentukan.
Terima kasih, kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Rumah 1 Tingkat Ataupun 2 Tingkat?
Kos ini merangkumi kerja-kerja awalan & pembinaan struktur rumah.
Construction: RM160 psf Preliminary: RM20,000
Construction: RM190 psf Preliminary: RM20,000
Berapakah Luas Keseluruhan Rumah Anda?
Hanya Masukkan Angka, Tanpa Koma ( , ). Contoh: 1000
Apakah Jenis Pembiayaan Rumah Anda?
Bina rumah lebih mudah dengan pembiayaan kewangan.
Additional Cost: RM4 psf
No Additional Cost
No Additional Cost
Anda Perlu Mohon Kelulusan Pelan Bangunan?
Kos ini merangkumi Fee Arkitek, Jurutera & PMC. Kelulusan PBT adalah wajib jika anda menggunakan pembiayaan LPPSA/BANK.
Consultant Fee: RM50,000
No Additional Cost
No Additional Cost
Sudah Ada Pelan Rumah Tersebut?
Kami juga ada sediakan servis lukis pelan rumah untuk anda.
Meter Kekal TNB & SYABAS
Kami boleh bantu untuk mohon meter tersebut (optional)
TNB & SYABAS: RM4,500
No Additional Cost
Full Spec ataupun Low Spec?
Senarai penuh dan perbezaaan 2 spesifikasi ini akan dilampirkan dalam email anda.
Full Spec: RM49 psf
Low Spec: RM9 psf
Anggaran Kos Bina Rumah Anda Adalah :
Sila isi butiran berikut. Kami akan hantar quotation & senarai penuh spesifikasi ke email anda.
Ringkasan
Deskripsi | Informasi | Kuantiti | Kos |
---|---|---|---|
Discount : | |||
Total : |