Artikel Terkini

Market Depth: Petanda Harga Saham Nak Naik Atau Turun, Serta Liquidity Sesuatu Saham


Market depth merupakan di antara faktor yang mempengaruhi liquidity dan pergerakan harga saham, selain daripada jumlah floating stock. Market depth merujuk kepada kemampuan harga saham untuk bertahan apabila mengalami tekanan jualan yang tinggi.

Ianya juga boleh menunjukkan minat terhadap sesuatu saham, jika orang nak beli lebih ramai daripada orang yang menjual, harga saham berkemungkinan besar akan naik. Asas kepada supply and demand, jika permintaan lebih tinggi daripada bekalan, harga akan naik.

Market depth ini menunjukkan jumlah unit saham yang beratur untuk membeli dan menjual atau pun dikenali sebagai que order bagi setiap lapisan harga.

Baca: Apa Itu ‘Floating Stock’ Dalam Pelaburan Saham?

Lazimnya, broker akan memberikan akses
kepada 3 lapisan harga secara percuma dan 5 lapisan harga dengan mengenakan bayaran
premium. Namun, terdapat juga broker yang memberikan akses kepada 5 lapisan
harga secara percuma.

Juga Penentu Kepada Liquidity Sesuatu Saham

Market depth juga boleh digunakan bagi menganalisa liquidity saham kerana ia menunjukkan jumlah que order yang ingin dijual dan ingin dibeli bagi setiap lapisan harga.

Contoh ‘Thick Market Depth’

This image has an empty alt attribute; its file name is Market-Depth-Petanda-Harga-Saham-Nak-Naik-Atau-Turun1-700x709.jpg
Sumber: iSPEED.my

Thick market depth’ merujuk kepada saham dengan liquidity yang tinggi, di mana terdapat jumlah que order yang tinggi bagi setiap lapisan harga. Ini bermaksud aktiviti belian atau jualan dengan jumlah yang besar kurang memberi kesan kepada pergerakan harga saham.

Contoh ‘Thin Market Depth’

Sumber: iSPEED.my

Manakala ‘thin market depth’ pula merujuk kepada saham dengan liquidity yang rendah, di mana jumlah que order bagi setiap lapisan harga adalah rendah. Ini bermaksud aktiviti belian atau jualan dengan jumlah yang besar mudah memberi kesan kepada pergerakan harga saham.

Market depth ini kebiasaannya digunakan
oleh pedagang yang ingin mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga saham dalam
jangka masa singkat. Bagi pedagang yang menggunakan strategi ini, liquidity saham tersebut merupakan
kriteria yang penting untuk mereka membeli dan menjual dengan cepat.

Market depth juga dapat memberi petunjuk momentum jangka masa singkat. Market depth yang menunjukkan que order belian melebihi que order jualan menandakan saham tersebut berada dalam momentum belian. Sebaliknya pula, que order jualan yang melebihi que order belian pula menandakan saham tersebut berada dalam momentum jualan.

Walaubagaimanapun, penguasaan ilmu market depth ini bukanlah satu keperluan bagi seseorang untuk mula melabur atau berdagang saham. Ianya merupakan ilmu tambahan kepada para pelabur dan pedagang.



Source link