Uncategorized

Mohamad Nasir dilantik pengerusi baharu PLUS

Mohamad Nasir dilantik pengerusi baharu PLUS 1



Mohamad Nasir dilantik pengerusi baharu PLUS 2

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Nasir Ab Latif sebagai  pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 27 Jun ini.

Menurut satu kenyataan pada Jumaat, Mohamad Nasir menggantikan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim yang memilih untuk bersara pada 27 Jun 2019 selepas menerajui Kumpulan PLUS selama hampir 17 tahun.

Mohamad Nasir, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PLUS Malaysia Berhad sejak 31 Disember 2013, memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada tahun 1982 dan telah memegang beberapa jawatan sebelum dilantik menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Ekonomi) dari Universiti Sains Malaysia dan memperolehi Diploma Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) pada tahun 1996.

Selain itu, beliau juga memiliki Sarjana Sains dalam Analisis Pelaburan dari Universiti Stirling, United Kingdom (1999).

Mohamad Nasir juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Sime Darby Plantation Berhad, Malaysian Resources Corporation Berhad, Yinson Holdings Berhad, BBCC Development Sdn Bhd, Yarra Park City Pty Ltd, PNB-Kwasa International Holding Limited, PNB-Kwasa International 1 Limited dan PNB-Kwasa International 2 Limited.

Dalam pada itu, Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan Kumpulan PLUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Sheriff yang telah menerajui PLUS selama 17 tahun.





Source link

Related Posts