Artikel Terkini

Mudarabah, Sejenis Kontrak Pelaburan Syariah


Biasanya bila kita buka akaun bank atau melabur ke dalam mana-mana instrumen pelaburan yang patuh syariah, kita akan terjumpa istilah Mudarabah ni.

Namun tahukah kita apa yang dimaksudkan Mudarabah?

Apa Itu Mudarabah?

Mudarabah adalah salah satu bentuk kontrak pelaburan dalam kewangan Islam, di mana konsep perkongsian untung dan rugi dilaksanakan.

Ia adalah satu kontrak usahasama di antara pemodal yang dinamakan sebagai Rabbul Mal dan pengusaha atau Mudarib. Dalam kontrak ini, pemodal akan memberi modal untuk diusahakan oleh pengusaha dalam menjana keuntungan.

Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama menurut nisbah perkongsian keuntungan yang telah dipersetujui. Ada yang bahagi ikut 50%-50%, ada yang 70%-30%, bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak.

Manakala dalam keadaan rugi, kerugian modal akan ditanggung oleh pemodal sahaja dan pengusaha akan kerugian masa dan tenaga yang telah diperuntukkan.

Sekiranya
dibuktikan pengusaha cuai atau lalai dalam melaksanakan tanggungjawabnya,
pemodal boleh menuntutnya daripada pihak pengusaha.

Ada Dua Jenis Kontrak Mudarabah

Pertama kita ada Mudarabah Terhad di mana projek atau perlaburan adalah terhad kepada syarat-syarat tertentu seperti kawasan projek, jenis projek, tempoh projek, dan sebagainya.

Jenis kedua pula adalah Mudarabah Tidak Terhad dan syarat-syarat itu fleksibel, yang penting pembahagian keuntungan adalah jelas.

Dalam kontrak
Mudarabah, terdapat enam komponen utama yang perlu wujud di dalam perjanjian.

  1. Pihak yang berkontrak iaitu pemodal
    dan pengusaha
  2. Ijab (penawaran) dan Qabul (penerimaan) merangkumi surat tawaran
    dan surat janji terima.
  3. Pengurusan iaitu pihak yang
    menguruskan projek tersebut yang dikendalikan oleh pengusaha, ia menjadi
    sebahagian daripada kos operasi.
  4. Modal sama ada wang tunai atau
    asset selainnya.
  5. Perkongsian Keuntungan daripada
    hasil keuntungan sebenar projek.
  6. Perkongsian Kerugian dengan
    pemodal menanggung risiko 100% nilai modal.

Sumber: https://www.aims.education/study-online/mudarabah-contract-in-islamic-banking/

Contoh Penggunaan Mudarabah

Sebagai contoh mudah aplikasi kontrak Mudarabah, Ahmad sebagai pemilik modal atau pelabur ingin mencari peluang pelaburan baru. Kawannya Mahmud sedang berkira-kira membuat perniagaan nasi lemak sementara cuti semester selama tiga bulan. Modal yang diperlukan adalah sebanyak RM1,000.00.

Ahmad mencadangkan kepada Mahmud untuk membuat kontrak Mudarabah di mana keuntungan dibahagi 50:50 di antara mereka berdua setelah 3 bulan. Ahmad bersetuju dan menandatangani perjanjian Mudarabah dengan Mahmud setelah Mahmud membuat proposal ringkas kos, jangkaan untung, jenis jualan, dan strategi pemasaran.

Seteelah jualan nasi lemak selama 3 bulan, keuntungan bersih adalah RM3000. Ahmad dapat RM1,500 dan Mahmud dapat RM1,500. Modal awal RM,1000 juga diserahkan kembali kepada Ahmad.

Dalam aplikasi kewangan Islam pula, di antara produk perbankan yang menggunakan kontrak ini adalah Maybank Premier Mudharabah Account-I, akaun pelaburan yang dibuka untuk tujuan melakukan transaksi saham.

Baki akaun akan dilaburkan oleh pihak
Maybank ke pelaburan-pelaburan patuh Shariah dan keuntungan dikongsi. Ia adalah
pelaburan Mudarabah Tidak Nisbah perkongsian keuntungan akaun ini adalah 60:40,
60% diberikan kepada pemilik akaun dan 40% kepada Maybank.

Untuk info lanjut nengenai akaun ini, layari: https://bit.ly/312V2b1

Di peringkat pengawalselia industri perbankan dan Takaful, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) ada mengeluarkan garis panduan Mudarabah sebagai rujukan kepada industri.

Ia menggariskan syarat-syarat serta mekanisme pengurusan kontrak Mudarabah oleh pihak kewangan Islam. Sila rujuk: https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=57&pg=137&ac=418&bb=file

Selain daripada produk perbankan, kontrak
Mudarabah juga turut diaplikasikan secara meluas oleh Takaful dan membuat
struktur Sukuk.

Semoga perkongsian ini membantu kita
memahami produk dan kontrak dalam kewangan Islam.

Ditulis
oleh Arham Merican, pegawai
Shariah di salah sebuah bank Islam antarabangsa dan sedang melanjutkan
pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang
ekonomi dan Shariah dengan fokus pada pemberdayaan modal insan.



Source link