Artikel Terkini

“Open Wardrobe” Sentiasa Kemas Dan Tak Menimbun, Ikut Tip Puan Hani


Baju menimbun, tapi pusing-pusing pakai baju yang sama. Cuba susun baju tu betul-betul. Bila dah susun dan asingkan betul-betul mesti anda dapat kenalpasti lebih 30% baju yang menimbun tu tak digunakan lagi atau belum digunakan.

Seperti biasa, Impiana kongsikan lagi petua #kemasrumahwithhani bersama Puan Hani Mynis untuk pengurusan pakaian.

Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yg hani paling malas nak buat ialah melipat baju

Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan hani ckp kat alif nak korbankan satu dinding kat bilik tidur kedua utk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun mmg dah sangkut dua penyangkut tu utk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dlm bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut kat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.

Nampak mcm tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yg hani buang dan dermakan. Sbb kadang2 mmg jenis suka menyimpan pakaian kan tp pakai nya baju yg sama berulang2 haha so simpan yg akan dipakai shj.

Untuk tips pengurusan pakaian hani:

1. Perlu buat spring cleaning baju yang banyak2 (sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju2)

  • Baju yang dah tak muat boleh diberi orang
  • Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit, boleh lah dibuang . Sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang pasti kita dah jahit tak tunggu berbulan)
  • Baju, tuala, cadar yg kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannya, bertahi lalat) boleh lah dibuang
  • Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi org atau diguna semula.

2. Gunakan rule ni:
Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yg kita takkan pakai, boleh lah dijual atau diberi orang haha

3. Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.

4. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.

5. Untuk tuala, khaskan dua helai sahaja untuk setiap seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti.

5. Untuk cadar dan sarung bantal – masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.

6. Mana-mana pakaian yang lebih dan rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.

#kemasrumahwithhani : Pengurusan pakaian ✅Seperti dijanjikan, ini perkongsian hani mengenai pengurusan pakaian 🤗….

Posted by Hani Mynis on Thursday, 12 April 2018





Source link