Uncategorized

Orang Malaysia Kedua Terbanyak Beli Hartanah Di Singapura, Selepas China


Wow, memang tak sangka. Pertama, masih lagi panas isu rumah tak terjual di Malaysia yang tinggi, alih-alih warga kita antara yang paling ramai beli hartanah di Singapura?

Kedua, sebab tukaran wang asing yang tinggi – tiga kali ganda. Kalau di Singapura, harga rumah $100 ribu Dolar Singapura, ini bersamaan dengan RM300 ribu Ringgit Malaysia. Kita pun tahu harga rumah di Singapura memang mahal, membuktikan ramai orang kaya di Malaysia yang beli hartanah di Singapura.

Malaysia Beli Hartanah Kedua Terbanyak Selepas China

Memetik Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar atau Urban Redevelopment Authority (URA) Singapura, konsultan hartanah Cushman & Wakefield and Savills berkata rakyat Malaysia adalah kumpulan kedua terbesar yang banyak beli hartanah di Singapura selepas China, bagi tempoh separuh tahun pertama 2019.

Christine Li, ketua penyelidik syarikat Cushman memberitahu, rakyat China membeli 440 unit, rakyat Malaysia beli 283 unit, rakyat India beli 152 unit, rakyat Indonesia beli 116 unit dan rakyat Amerika beli 65 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2019.

Ini berikutan kestabilan harga dalam pasaran, setahun selepas pembeli hartanah dikenakan kenaikan duti setem, dengan rakyat asing perlu bayar tambahan 20% duti setem bermula Julai 2018.

Tiga Kategori Berbeza, Malaysia Di Tempat Kedua

Kalau dibuat pecahan, pasaran hartanah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kawasan utama, kawasan pertengahan dan kawasan umum. Rakyat Malaysia berada di tempat kedua bagi ketiga-tiga kategori, selepas rakyat China.

Rakyat Indonesia dan India juga pembeli utama, diikut dengan rakyat Amerika dan Britain. Lebih menarik lagi, rakyat Vietnam dilihat mula membeli hartanah di Singapura, terutamanya dalam kategori kawasan umum.

Definisi kawasan umum adalah hartanah yang kebanyakan orang mampu beli. Ianya termasuklah unit HDB (Housing Development Board), di mana 80% rakyat Singapura tinggal.

Tetapi untuk mengelak kekeliruan, artikel ini merujuk kepada hartanah swasta umum, dan bukanlah unit HDB.

Kredit: The Star Online

Komen

komen





Source link