Artikel Terkini

Pakar Bisnes Ini Kongsi 5 Cara Mudah Untuk Lulus Pembiayaan Rumah


Data yang dikeluarkan Bank Negara
Malaysia menunjukkan kadar pinjaman perumahan yang lulus menurun pada Januari
hingga Jun 2019 pada 74.6% berbanding 76% pada tahun 2014 hingga tahun 2018.

Data ini sudah cukup menunjukkan
sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang masih bertarung untuk memiliki
rumah sendiri.

Baca : Kadar Pinjaman Rumah Lulus Menurun, Ini 4 Puncanya

Tiada orang yang mengimpikan untuk terus menyewa selama-lamanya dan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera juga masih lagi rendah berbanding kaum Cina dan India.

Apa gunanya memperjuangkan ketuanan
Melayu dan pelbagai sentimen perkauman sedangkan hakikatnya, nak memiliki
sebuah rumah di tanah sendiri pun belum mampu?

Sebenarnya, punca kebanyakan pinjaman rumah tidak diluluskan oleh bank adalah gara-gara pemohon tidak mempunyai ilmu yang tepat.

Baca : 8 Langkah Untuk Beli Rumah Pertama

Jangan pula kita menuding jari kepada
pihak bank sekiranya permohonan pinjaman rumah kita gagal. Sebaliknya, ambil
tahu sebab kenapa bank tidak luluskan permohonan pinjaman rumah anda.

Artikel kali ini akan kongsikan kepada
semua pembaca 5 cara mudah untuk pinjaman rumah anda lulus hasil perkongsian
seorang pakar perniagaan.

3 Punca Bank Tidak Luluskan Loan Rumah

Sebelum itu, jom kita lihat 3 punca
paling popular kenapa bank tidak luluskan pinjaman rumah anda.

1. Skor Kredit

Rata – rata pemohon pinjaman rumah pernah
mempunyai komitmen bank seperti hutang ASB, hutang kereta, hutang rumah, hutang
kad kredit ataupun hutang peribadi.

Baca : Pinjaman Rumah Tak Lulus Sebab Kau Terlalu Muda? Ini Penjelasannya

Kebanyakan pemohon gagal menjalankan
tanggungjawab dalam pembayaran balik komitmen bank mengikut waktu yang
ditetapkan.

Ada yang terlajak berbulan bulan menyebabkan
skor kredit mereka corot. Kesannya, bank melihat pemohon dengan tabiat seperti
ini sebagai risiko kerana ketidmampuan membayar hutang mengikut waktu
berdasarkan rekod CCRS sedia ada.

2. Pendapatan Tidak Sesuai Dengan Harga Rumah

Ramai pemohon merasakan gaji bulanan
RM5,000 melayakkan mereka untuk memohon pinjaman rumah bernilai RM500,000.

Sebenarnya perkara ini adalah sama
sekali. Hatta gaji anda RM10,000 sebulan pun belum tentu melayakkan anda
membeli rumah RM500,000 sekiranya komitmen bulanan anda adalah tinggi.

Baca : Berapa Kos Perlu Bayar Untuk Hartanah Berharga RM300,000 – RM700,000?

Sebagai pemula, semak kelayakan harga
rumah mengikut gaji anda di portal online seperti Ringgitplus, Propertyguru dan
iProperty.

3. Dokumen Tidak Lengkap

Majoriti pemohon pinjaman hartanah dari
kalangan bekerja sendiri mempunyai masalah ini. Mereka gagal melampirkan
dokumen cukai, penyata EPF, dan penyata bank.

Antara syarat bank untuk pemohon yang
bekerja sendiri adalah syarikat anda mestilah melebihi tempoh 3 tahun.

Baca : Senarai Semak Dokumen Permohonan Pembiayaan Rumah

Sila rujuk ejen hartanah atau pegawai
bank yang menguruskan urusan jual beli hartanah anda supaya anda mampu sediakan
setiap dokumen wajib dan dokumen sokongan yang diperlukan bank.

5 Cara Mudah Lulus Loan Rumah

1. Buat Sedikit Hutang

Langkah pertama adalah dengan membuat
sedikit hutang dengan bank atau institusi kewangan swasta seperti hutang motor,
hutang kad kredit atau hutang Amanah Saham Nasional.

Boleh sahaja sekiranya anda membeli
barang elektrik atau gadget secara online di Lazada atau Shopee dengan
menggunakan fasiliti Easy Payment Plan kad
kredit. .

Baca : Kad Kredit VS Pembiayaan Peribadi

Ini penting bagi bank melihat anda
sebagai seorang yang mempunyai komitmen bayaran bulanan.

2. Jaga Rekod Pinjaman

Selepas anda membuat sedikit hutang,
pastikan anda membuat bayaran balik mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh
bank.

Baca : 7 Kesilapan Biasa Anda Perlu Elakkan Semasa Memohon Pinjaman Peribadi

Fasa ini sangat penting kerana rekod anda
akan disimpan dalam data Bank Negara Malaysia yang dipanggil CCRIS dan mampu
diakses 17 bank di Malaysia.

Jangan pula anda sangkut komitmen bulanan
dengan Maybank dan anda mohon pinjaman rumah dari CIMB. Tidak akan berhasil
sama sekali.

3. Jangan Buat Pinjaman Terlalu Banyak

Debt Service Ratio anda adalah penentu
dalam permohonan pembiayaan pinjaman hartanah anda.

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu DiMiliki Berdasarkan Gaji

Jangan gunakan peluang pinjaman terlalu
tinggi kerana nisbah DSR yang terlalu tinggi mengurangkan peluang pinjaman
hartanah anda untuk lulus.

Cukup sekadar 15% – 30% kadar Debt
Service Ratio bulanan anda.

4. Gunakan Separuh Dari Fasiliti Yang Dibenarkan

Jika anda mempunyai fasiliti pinjaman,
gunakan 50% daripada apa yang ditawarkan bank. Sekiranya limit card credit anda
adalah RM5,000, gunakan RM2,500 sahaja.

Pastikan anda bayar RM2,500 sekiranya
anda berhutang RM2,500 dan bukan bayaran minimum dan bayaran mestilah dibuat 21
hari sebelum tempoh pembayaran.

5. Isytihar Cukai

This image has an empty alt attribute; its file name is Pakar-Bisnes-Ini-Kongsi-5-Cara-Mudah-Untuk-Lulus-Loan-Rumah4-700x372.jpg

Golongan yang berniaga sendiri wajib isyithar cukai bagi membolehkan bank melihat pendapatan sebenar anda.

Baca : LHDN Ajak Orang Ramai Mengaku. Kalau Tidak….

Jangan risau untuk isytihar cukai kerana
tidak semestinya anda wajib membayar cukai. Dan jangan pula anda lari dari
membayar cukai, sebaliknya belajar teknik untuk mengurangkan kadar cukai anda.

Paling penting dalam permohonan pinjaman
hartanah adalah pastkan komitmen anda tidak lebih daripada 60% pendapatan
bulanan anda.

Baca : 7 Tips Beli Rumah Untuk Golongan Peniaga

Ukur baju di badan sendiri, gaji besar
tidak bermakna anda boleh beli rumah mahal. Dan gaji rendah bukan penghalang
untuk anda memiliki rumah jika komitmen bulanan anda rendah.

Semoga dengan perkongsian ini, anda lebih bersedia dalam membuat permohonan pinjaman hartanah anda.

Iklan


Iklan



Source link