Artikel Terkini

Panduan Lengkap Insurans Rumah: MRTA/MRTT vs MLTA/MLTT


Insurans rumah adalah polisi insurans yang akan meringankan beban pinjaman perumahan apabila berlakunya kematian dan kehilangan upaya kekal kepada pembeli rumah.

Ada dua jenis insurans rumah: reducing (MRTA/MRTT) dan leveling (MLTA/MLTT)

1) Reducing

Insurans rumah jenis reducing ada dua jenis produk: MRTA dan MRTT.

MRTA adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Assurance. MRTA merupakan polisi insurans rumah konvesional dan paling popular. Ia biasanya ditawarkan oleh bank semasa anda buat pinjaman perumahan dengan mereka.

MRTT pula adalah singkatan kepada Mortgage Reducing Term Takaful. Secara asasnya, MRTT adalah MRTA versi Islamik dan patuh syariah.

Bagaimana MRTA/MRTT berfungsi?

Dalam MRTA/MRTT, semakin lama anda bayar pinjaman perumahan, semakin kurang bayaran insurans rumah anda.

Ada dua cara untuk bayar MRTA/MRTT:

  1. Bayar sekaligus.
  2. Sekalikan dengan pinjaman perumahan (ramai pilih ini kerana bank akan bagi kadar faedah pinjaman yang lebih rendah)

Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MRTA/MRTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan anda. Jadi waris anda tak perlu bayar apa-apa baki pinjaman perumahan anda.

Contoh:

Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.

Dengan insurans MRTA/MRTT, bank akan menggunakan pampasan insurans tersebut untuk membayar baki pinjaman perumahan anda. Waris anda akan dapat rumah anda.

2) Leveling

Insurans rumah jenis leveling pula ada dua jenis produk: MLTA dan MLTT.

MLTA adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Assurance. MLTA biasanya ditawarkan oleh syarikat insurans.

MLTT pula adalah singkatan kepada Mortgage Leveling Term Takaful. Secara asasnya, MLTT adalah MRLTA versi Islamik dan patuh syariah.

 

Bagaimana MLTA/MLTT berfungsi?

Dalam MLTA/MLTT, bayaran insurans anda adalah tetap dan tak berkurang. Ini bermakna dalam jangka masa yang lama, MLTA/MLTT lebih mahal berbanding MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT tak boleh dibayar sekaligus. Ia perlu dibayar setiap bulan tanpa gagal kepada syarikat insurans – seperti insurans peribadi anda. Jika gagal bayar, ia akan mencacatkan skor kredit anda.

Tapi MLTA/MLTT mempunyai banyak kelebihan.

Jika anda meninggal dunia atau kehilangan upaya kekal, MLTA/MLTT akan menyelesaikan tunggakan baki pinjaman perumahan DAN memberi pampasan tunai kepada waris anda.

Contoh:

Pinjaman perumahan anda dengan bank berjumlah RM500,000. Ketika anda meninggal dunia, anda mempunyai baki pinjaman dengan bank sebanyak RM200,000.

Dengan insurans MLTA/MLTT, syarikat insurans akan membayar bank sebanyak RM200,000. Baki RM300,000 akan diserahkan kepada waris anda. Jadi waris anda akan dapat rumah dan cash!

Perbandingan MRTA/MRTT dengan MLTA/MLTT

 

  MRTA/MRTT MLTA/MLTT
Kos Murah Mahal
Cara bayaran 1. Sekaligus

2. Campur sekali dengan pinjaman bank

Ansuran
Manfaat polisi Waris dapat rumah Waris dapat rumah dan cash
Pindah milik Tak boleh Boleh
Jumlah pampasan Ikut baki pinjaman perumahan Ikut jumlah keseluruhan pinjaman perumahan
Penama Bank Waris
Kesan refinancing Polis batal Polisi tak batal
Kekurangan 1. Waris tak dapat cash

2. Kadar faedah berubah-ubah ikut tetapan BLR oleh Bank Negara Malaysia

3. Kalau bank tetapkan kadar faedah MRTA lebih rendah daripada kadar faedah pinjaman perumahan, waris masih perlu bayar baki pinjaman perumahan

1. Tambah komitmen kewangan bulanan

2. Semakin panjang umur, semakin mahal kosnya

Sesuai kalau 1. Nak duduk rumah dalam jangka masa lama

2. Dah ada insurans peribadi

1. Beli rumah untuk pelaburan

2. Waris tak bekerja

 

Sumber:

 

  1. https://www.iproperty.com.my/guides/insurans-pinjaman-perumahan-yang-mana-patut-saya-pilih-mrta-atau-mlta/
  2. https://hartanahviral.com/mrta-mrtt-vs-mlta-mltt-mana-yang-terbaik/
  3. https://www.propertyguru.com.my/property-guides/the-complete-guide-to-mrta-mlta-mrtt-mltt-25012
  4. https://hartabumi.com/insurans-rumah-mrtt-atau-mltt/





Source link