Uncategorized

Paranoia vaksin timbul gara-gara Facebook?

Paranoia vaksin timbul gara-gara Facebook? 1



Paranoia vaksin timbul gara-gara Facebook? 2

TAHUKAH anda satu peratus daripada rakyat Malaysia merupakan golongan anti-vaksin atau lebih dikenali sebagai ‘anti-vax’?

Mereka ini dari kalangan ibu yang bergiat aktif di laman sosial Facebook.

Namun, aktiviti mereka dikecam kerana sering mengetengahkan fakta palsu yang menimbulkan perasaan paranoia dalam kalangan ibu bapa.

Penyebaran fakta palsu mengenai vaksin di media sosial menyebabkan sesetengah ibu bapa yang lain menjadi was-was, lebih-lebih lagi ketika kerajaan berhasrat untuk mewajibkan vaksin kepada murid-murid bagi mencegah penyakit serius seperti difteria.

Ahli kumpulan anti-vax di Facebook secara keseluruhan terdiri daripada para ibu bapa yang percaya kononnya isi kandungan vaksin terdapat DNA khinzir sekali gus menjadikannya tidak halal di sudut Islam.

BACA: Tiada bahan tidak halal dalam vaksin di Malaysia – KKM

BACA: Jangan dengar cakap golongan anti vaksin – Tun Dr Siti Hasmah

BACA: Jakim bantu perjelas isu suntikan vaksin daripada sudut fatwa

“Ada antara ahli kumpulan anti-vax yang bercadang bahawa vaksin tidak diperlukan kerana kita boleh mengamalkan madu, kurma dan macam-macam ubat tradisional,” kata seorang suri rumah tangga sepenuh masa dan bekas ahli kumpulan anti-vax di Facebook.

Menurut satu laporan dari media The Star, kerajaan sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mencegah penyebaran fakta palsu di media sosial serta berusaha untuk menyebarkan kepentingan vaksin.

Hukuman akan dikenakan kepada pengamal perubatan yang menyebarkan maklumat songsang berkenaan vaksin melalui media sosial, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye ketika sesi soal jawab di Parlimen pada Rabu, 3 April.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Apa yang anda mahukan untuk kebaikan kesihatan anak-anak anda?

BACA: Gagal beri imunisasi boleh dianggap pengabaian pada kanak-kanak – Immunise4Life

BACA: Kes campak global meningkat 50 peratus, pengaruh antivaksin antara punca

BACA: Tiada vaksin, tiada sekolah: PIBG setuju saranan PERDIM





Source link