Uncategorized

Pasaran Subsale Bakal Terima Diskaun Bermula Julai 2019


Melihat kepada landskap hartanah di Malaysia pada hari ini, bilangan unit rumah tidak terjual dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Hari ini, kerajaan dan pemaju berlumba – lumba untuk menjual unit rumah tidak terjual khususnya rumah subsidi kerajaan pusat yaqni PR1MA.

Adakah bakal pembeli hanya mampu disajikan dengan rumah jenis undercon sedangkan permintaan untuk pasaran sekunder masih tinggi?

Credit : Giphy

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC), jumlah keseluruhan unit kediaman yang sudah siap tetapi tidak terjual kini mencecah nilai tertinggi RM19.54 bilion.

 
Pada suku ketiga tahun 2018, unit kediaman tidak terjual yang direkodkan berjumlah sebanyak 30,115 unit. Pada tempoh yang sama tahun 2017 pula, unit kediaman tidak terjual mencatatkan jumlah 20,304 unit.

Ini bermakna unit kediaman tidak terjual meningkat sebanyak 48.35% hanya dalam tempoh setahun.

 
Pendek kata, pihak pemaju kini sedang ‘pening kepala’ kerana banyak rumah yang sudah disiapkan mereka namun masih belum berjaya dijual.

Credit : New Malaysian Post

Namun begitu, kerajaan tidak lah menutup sebelah mata sahaja berkenaan isu ini dan telah bertindak menjalankan beberapa inisiatif bagi menyelesaikan masalah pemilikan rumah ini.

“Antara inisiatif yang dilaksanakan pihak kerajaan adalah dengan memberi pengecualian SST bagi bahan binaan.”

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri telah menuntut komitmen daripada pihak pemaju untuk menurunkan harga rumah atau kerajaan akan mengambil langkah menarik balik pengecualian SST ini.

Credit : The Malaysian Reserve

“Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 juga telah mengumumkan akan memberi pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama untuk meringankan beban pembeli.”

Terbaru, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang disertai lebih 100 pemaju.

Apa yang lebih menarik mengenai HOC ini ialah diskaun sehingga 30% yang ditawarkan bagi pembelian semua jenis rumah PR1MA.

Antara contoh rumah-rumah PR1MA yang ditawarkan dan menarik perhatian ramai ialah PR1MA Alam Damai Cheras dengan harga selepas 25% diskaun berjumlah RM274,000 sahaja.

PR1MA Jalan Jubilee Bukit Bintang dan PR1MA Bandar Bukit Mahkota turut diberikan diskaun dengan harga selepas diskaun ialah RM320,000 dan RM237,000.

Credit : Portal PR1MA

Namun begitu, rumah yang ditawarkan ketika HOC ini hanyalah rumah dalam kategori under construction (undercon) atau pun rumah yang sudah siap dibina tetapi masih belum terjual. Bagaimana pula dengan pasaran subsale?

Jika diteliti kembali kenyataan Kementerian Kewangan yang bersetuju memberikan pengecualian duti setem 100% bagi pembelian rumah pertama, surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah yang berharga sehingga RM300,000 adalah dikecualikan dengan syarat jual beli itu dilakukan bermula pada 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2020.

“Bagi rumah yang berharga RM300,001 sehingga RM500,000 pula, surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman turut dikecualikan dalam tempoh 1 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2020.”

Tetapi pengecualian yang diberikan hanya terhad kepada RM300,000 pertama dengan harga rumah tersebut.

Credit : Malaysian Housing Loan

Ini bermakna, selepas tempoh enam bulan HOC yang akan berakhir pada 30 Jun 2019, kemungkinan besar pembeli akan lebih tertumpu kepada pasaran hartanah subsale.

Ini kerana surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman masih diberikan pengecualian bagi pembelian yang disempurnakan dalam tempoh sebelum 31 Disember 2020.

Tengah cari rumah ke? Jom dapatkan PR1MA anda dengan 30% DISKAUN sekarang!

Tengah cari rumah ke? Jom dapatkan PR1MA anda dengan 30% DISKAUN sekarang!

Tengah cari rumah ke? Jom dapatkan PR1MA anda dengan 30% DISKAUN sekarang!


Langgan Info Terkini





Source link