Uncategorized

Pasaraya Giant Banyak Tutup, Apakah Kesannya Kepada Pelaburan KWSP?


Mesti ramai yang tak tahu kan bahawa pasaraya terkenal Malaysia iaitu Giant merupakan milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dan baru-baru ini kita dapat lihat banyak pasaraya Giant ditutup seluruh negara: 8 telah ditutup, lagi 4 bakal ditutup menjelang tahun ini.

Pernah Ada 147 Buah, Sekarang Tak Sampai 100

Pada kemuncaknya pada tahun 2014, Giant mempunyai sebanyak 147 buah cawangan. Tetapi sejak kebelakangan ini, dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak elok, ditambah pula dengan persaingan hebat daripada pasaraya-pasaraya besar lain dan minat orang ramai yang telah beralih kepada shopping online; sekarang tak sampai 100 buah.

Dan katanya ia akan dikurangkan lagi menjadi 60 buah cawangan saja seluruh negara.

Bagaimana KWSP Menjadi Pemilik Giant?

GCH Retail (M) Sdn Bhd adalah merupakan syarikat yang mengurus rangkaian Giant di seluruh Malaysia. GCH Retail merupakan sebuah anak syarikat Dairy Farm International Holdings Ltd. yang berpangkalan di Hong Kong.

Sebagai langkah pengembangan syarikat, Giant mula membeli hartanah dan meletakkannya di bawah syarikat Hartanah Progresif Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Dairy Farm.

Pada tahun 2005, GCH Retail bertindak untuk menjual semua bangunan milik mereka. Hasilnya, Hartanah Progresif dijual kepada KWSP dengan harga RM382 juta. Kemudiannya Hartanah Progresif ditukar nama menjadi Kwasa Properties Sdn Bhd.

KWSP Ada 3 Pilihan

Dalam contoh Giant Kelana Jaya, di mana KWSP memiliki tanah seluas 7400 kaki persegi; KWSP ada 3 pilihan:

1. Cari Penyewa Baru

Lokasi dan kemudahan semua dah lengkap, tinggal nak cari penyewa baru saja. Di antara nama-nama yang disebut adalah NSK, Econsave dan Lulu Hypermarket yang mempunyai modal sebesar itu.

Namun, jika sebesar-besar Giant pun boleh tutup, bukankah mereka patut mencari tanah yang lebih kecil untuk menjadikan tapak operasi?

2. Jual Aset

Seterusnya, KWSP boleh jual saja aset tersebut. Katanya ia bernilai sekitar RM156 juta, berdasarkan harga tanah sebanyak RM400 sekaki persegi.

Tapi ada ke pembeli yang nak beli? Bila dah beli nanti, nak kena cari penyewa lain pula nanti. Dengan lebihan hartanah di Lembah Klang, susah juga nak cari pembeli.

3. Bangunkan Semula Tanah

Cara ketiga ni nampak seperti mempunyai masa depan yang lebih cerah. Jika dijadikan kawasan service apartment, nilainya boleh mencecah sehingga RM700 juta berdasarkan kajian yang dibuat sebuah syarikat penilai (valuer).

Sumber Rujukan: The Edge Markets

Komen

komen





Source link