Uncategorized

Pelan Keluarga AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Keluarga dalam talian pertama di Malaysia


  • AXA AFFIN memperkenalkan Pelan Keluarga AXA eMedic serendah RM150* sebulan untuk sebanyak empat ahli keluarga dan perlindungan sehingga RM100,000 bagi setiap individu setahun.
  • Mereka yang berminat boleh membeli Pelan Keluarga AXA eMedic dalam masa 10 minit menerusi pakej dalam talian tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan.
  • Pelan Keluarga AXA eMedic ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berusia antara 15 hari – 49 tahun. Pelanggan yang membeli pelan keluarga juga boleh menikmati rebat 5% atas jumlah premium.

AXA eMedic – Kad perubatan
dalam talian pertama di Malaysia yang dilancarkan pada April 2018, telah memartabatkan
AXA AFFIN Life Insurance sebagai salah satu daripada perintis perlindungan
digital di Malaysia dengan menguasai lebih 70% daripada bahagian pasaran
perlindungan hayat digital**. Malah lebih daripada 4,000 polisi telah
dikeluarkan setakat ini untuk memastikan golongan milenial yang terdiri
daripada profesional muda dan keluarga muda dilindungi dan bersiap sedia untuk
menghadapi perkara yang tidak diduga dalam hidup. Disokong oleh pertumbuhan
positif, AXA AFFIN Life setakat ini berkembang pada kadar kira-kira 60% dari
segi “Annualized Premium Equivalent” (APE) dan tawaran digital ini telah
membantu meningkatkan kadar perlindungan. AXA AFFIN Life menetapkan sasaran
jualan 20% daripada saluran digital menjelang 2023 dan kini bekerjasama dengan
hampir 20 rakan “HealthTech” dan “InsurTech” di Malaysia untuk mencapai
matlamat tersebut.

Pada awalnya, ia
dilancarkan untuk golongan milenial berusia 16 – 39 tahun, dan AXA eMedic telah
ditambah baik beberapa kali sepanjang tempoh 18 bulan lepas. Produk tersebut kemudian
disediakan untuk kanak-kanak seawal usia 15 hari dan ekspatriat, hanya dua bulan
selepas diperkenalkan di pasaran. Berasaskan permintaan yang menggalakkan
daripada orang ramai, kelayakan umur telah dinaikkan kepada 49 tahun pada Jun
tahun ini.   

Hasil pemerhatian dan analisis tingkah laku pembeli, AXA AFFIN Life Insurance melancarkan satu lagi tawaran serba maju sulung di pasaran menerusi Pelan Keluarga AXA eMedic. Dengan fokus utama untuk memberi perkhidmatan yang memudahkan pelanggan, Pelan Keluarga AXA eMedic boleh dibeli secara pakej di dalam talian dalam masa tidak sampai 10 minit menerusi www.AXAeMedic.com.  Mereka yang berkeluarga kini boleh mendapatkan perlindungan serendah RM150* sebulan untuk sebanyak empat ahli keluarga dengan perlindungan sehingga RM100,000 bagi setiap individu setahun. Pelan ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun. Pelan keluarga ini mudah dimohon dengan hanya satu borang dalam talian dan tidak memerlukan sebarang pemeriksaan perubatan dengan menyediakan kelulusan serta-merta.

“Kami mendukung wawasan untuk menjadi syarikat insurans kesihatan dan
perlindungan pilihan utama di Malaysia, terutamanya golongan milenial. Dengan
kemajuan teknologi baharu, ibu bapa tidak perlu mengisi pelbagai borang atau
mengambil beberapa produk kompleks yang berbeza untuk memastikan seisi keluarga
mereka dilindungi. Dengan Pelan Keluarga AXA eMedic, semua ini boleh diuruskan
dengan mudah dan diakses hanya dengan beberapa klik. Kami berharap lebih ramai
rakyat Malaysia kini boleh mempersiapkan diri masing-masing untuk menangani kos
yuran perubatan yang semakin meningkat dengan pelan keluarga mampu milik ini,”  kata Rohit Nambiar, Ketua Pegawai
Eksekutif, AXA AFFIN Life Insurance.

Pembantu maya “Ask Michelle” dan chatbot
bernama “Atom” disediakan untuk membantu pelanggan melalui seluruh proses
pembelian. Apabila pelanggan menghadapi isu dalam proses pembelian atau mengalami
masalah memahami manfaat Pelan Keluarga AXA eMedic, pelanggan boleh menghantar pesanan
WhatsApp kepada “Michelle” dan mendapatkan jawapan mereka dalam masa beberapa
minit atau berbual dengan “Atom” menerusi laman web untuk penerangan tentang ciri-ciri
produk atau menjawab sebarang kemusykilan pelanggan.

Semua pelanggan masih boleh mengakses BookDoc, sebuah platform ganjaran
kesihatan yang menggalakkan cara hidup sihat dan membolehkan pelanggan mencari
dan membuat temu janji dengan doktor-doktor pakar. Untuk bimbingan profesional
dan sokongan psikologi pemulihan, pelanggan akan diberi akses kepada Naluri,
sebuah platform dengan rangkaian pakar psikologi untuk membantu mereka
menikmati gaya hidup sihat yang mereka idamkan.

Pelan Keluarga AXA eMedic disediakan untuk rakyat Malaysia yang berusia antara 15 hari – 49 tahun. Pelanggan yang membeli pelan keluarga juga boleh menikmati rebat 5% atas jumlah premium. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.AXAeMedic.com

________________________

1- Insurans
perubatan dengan manfaat kad perubatan dirujuk sebagai kad perubatan untuk
tujuan pemasaran

*Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sumber: Perangkaan pada Jun 2019 berasaskan Statistik Perniagaan Baharu LIAM – Saluran Pengedaran Langsung

Komen

komen





Source link