Artikel Terkini

Perbandingan Sistem Perdagangan: Discretionary vs Mechanical


Terlalu banyak sistem perdagangan di luar sana, terdapat pelbagai kaedah, nama gelaran, strategi dan sebagainya. Namun sistem perdagangan yang paling asas dikenali sebagai Discretionary dan Mechanical Trader.

Mesti ramai yang pertama kali dengar istilah ni kan?

Discretionary

Sistem perdagangan ini menggunakan semua faktor input yang sepadan dengan falsafah perdagangan Discretionary. Data seperti analisa fundamental, analisa teknikal, berita ekonomi, berita pasaran, sentimen semasa dan sebagainya di masukkan semua dalam falsafah perdagangan mereka.

Pengguna bagi sistem perdagangan ini mempunyai imaginasi pemikiran yang luas.

Discretionary mempunyai kelebihan ketika mengumpul maklumat pasaran, ekonomi dan sebagainya. Mereka terlalu bijak dan lebih ke depan.

Keistimewaan mereka adalah mampu mengubah konsep perdagangan mereka secara fleksibel, dengan mengetahui terlebih dahulu pemboleh-ubah utama (catalyst) dalam pasaran. Mereka boleh menukar kepentingan relatif pemboleh-ubah perdagangan serta merta, supaya mereka dapat beralih antara mod mengikut arah(trend) pasaran kepada anti arah(trend) pasaran.

Namun kelemahan terbesar bagi sistem perdagangan ini adalah emosi dan psikologi. Dua perkara ini sering mengganggu sistem perdagangan discretionary.

Bila emosi terlibat dalam pelaburan saham, maka buruk padahnya.

Contoh:

Kita beli saham pada harga RM1 dan menetapkan Target Price kita sebanyak 10%, iaitu kita akan jual dengan keuntungan 10%. Namun bila harga saham naik RM1.10, kita tak juga jual dengan harapan ianya akan naik lagi. Kesudahannya, harga saham pun turun ke paras RM1 semula.

Sebaliknya yang berlaku apabila harga saham menurun. Kita beli saham pada harga RM1 dan menetapkan Cut Loss sebanyak 10%, iaitu jika harga saham turun sebanyak 10% kita akan menjualnya. Namun bila harga saham turun menjadi RM0.90, kita masih tak jual dengan harapan ianya akan rebound dan naik semula. Kesudahannya, harga saham turun ke paras RM0.80 dan kita terpaksa menanggung kerugian yang lebih besar lagi.

Sebab itulah pentingnya kita mempunyai Trading Plan, dan ikut betul-betul trading plan tersebut.

Jemput baca Anda Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Pun Saham dan 5 Sebab Kenapa Perlu Ada Trading Plan.

Mechanical Trader

Sistem perdagangan ini berpandukan sepenuhnya kepada analisa teknikal. Mechanical trader mempunyai peraturan ketat dan mengikuti sepenuhnya parameter yang mereka bangunkan berdasarkan  analisa teknikal berkesesuaian dengan diri mereka.

Keseluruhan tumpuan mereka adalah melaksanakan sistem peraturan perdagangan yang telah ditetapkan dengan penuh disiplin. Mereka mengabaikan variasi analisa, seperti yang terdapat di dalam sistem perdagangan discretionary.

Kelebihan terbesar bagi sistem perdagangan mechanical trader ialah menyingkirkan penglibatan emosi dan perasaan ketika melaksanakan aktiviti perdagangan. Ianya sekaligus dapat memaksimakan peluang untuk merangkul kejayaan dalam perdagangan. Mechanical trader boleh dikelaskan melalui penggunaan konsep time-frame yang mereka gunakan.

Matlamat utama mereka berdagang ialah untuk mengikuti trend analisa teknikal yang mereka gunakan. Pada masa yang sama, mereka akan sedaya-upaya untuk mengawal nilai kerugian dan mencipta keuntungan.

Peraturan perdagangan mereka mestilah sentiasa jelas dan sudah ditetapkan. Mechanical trader boleh dan sesuai berdagang dalam apa jua instrumen perdagangan, kerana tumpuan utama mereka hanyalah aspek analisa teknikal.

Namun kelemahan utama mereka ialah kekurangan maklumat berkenaan pasaran sekaligus boleh menjerumuskan perdagangan mereka ke arah bias.

Kesimpulan

Tidak ada yang boleh kata discretionary trader lebih power daripada mechanical trader, dan begitu juga sebaliknya. Setiap sistem perdagangan yang dibangunkan adalah untuk meningkatkan potensi kejayaan dalam perdagangan dan pelaburan.

Setiap sistem mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kita boleh pilih samada nak guna Discretionary atau Mechanical. Atau menggabungkan kedua-duanya sekali.

Selagi ia berkesesuaian dengan kita, maka itulah yang baik untuk kita. Tak perlu ikut orang lain. Carilah satu sistem yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kita secara konsisten.



Source link