Uncategorized

Perbankan Pintar Dipacu Data Tingkatkan Kewangan Inklusif di Asia Tenggara


SHANGHAI, 20 September 2019 /PRNewswire/ — Huawei telah bekerjasama dengan Chinasoft International (CSI) untuk melancarkan Penyelesaian Data Kewangan Pintar berdasarkan repositori data tertumpu di HUAWEI CONNECT 2019. Penyelesaian ini direka untuk membantu institusi-institusi kewangan di Asia Tenggara dan pasaran-pasaran lain menjadikan perkhidmatan kewangan pintar tanpa batasan boleh diakses kepada orang awam, sekaligus meningkatkan kecekapan perniagaan dan memacu inovasi.

Pada masa depan, perkhidmatan kewangan tanpa batasan akan bergerak maju melangkaui sempadan fizikal bank-bank dan mendekati orang ramai di merata tempat. Sebagai contoh, pembayaran mudah alih di China telah meningkat sebanyak 36 kali ganda daripada 1.674 bilion pada tahun 2013 kepada 60.531 bilion pada tahun 2018, dengan perkhidmatan kewangan yang mudah kini menjadi suatu kebiasaan. Perkhidmatan pintar akan menggantikan kewangan dipacu pengalaman untuk menjadi kewangan pintar dipacu data, lalu menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan di samping turut membantu bank-bank dengan kecekapan operasi, kawalan risiko dan proses membuat keputusan. Industri perbankan China telah mencapai kelulusan pinjaman 1 minit dengan menyepadukan analisis Data Raya dengan penyiasatan kredit tradisional.

Cao Chong, Presiden Industri Perkhidmatan Kewangan di Huawei Enterprise, mengulas, “Transformasi dan pembangunan industri kewangan dipacu oleh teknologi utama seperti Data Raya, AI dan rantaian blok. Mewujudkan kewangan pintar tanpa batasan dan menerima pakai seni bina yang dipacu data, didayakan AI, terbuka dan teragih akan menjadi amat penting demi kejayaan institusi-institusi kewangan untuk maju ke hadapan.”

Tatkala bank-bank berusaha untuk merealisasikan nilai data, bank-bank biasanya menghadapi pelbagai cabaran termasuk berbilang jenis data yang datangnya daripada pelbagai saluran, kesukaran berkisarkan analisis data tertumpu dan penggunaan data yang lemah. Penyelesaian Data Kewangan Pintar Huawei menawarkan penyelesaian lengkap untuk menangani cabaran-cabaran ini dengan menyediakan tiga lapisan – infrastruktur data pintar, repositori data tertumpu dan pendayaan data serta perniagaan. Ini memastikan akses data yang cekap, analisis data tertumpu dan aplikasi lapisan atas didayakan oleh perkhidmatan data, membantu bank-bank mencapai pemasaran jitu, kawalan risiko waktu sebenar dan operasi yang mantap.

Penyelesaian Data Kewangan Pintar Huawei telahpun mendayakan beberapa institusi kewangan di China untuk mencipta aplikasi senario-tertentu yang inovatif. Sebagai contoh, ia telah membantu bank runcit bertaraf tinggi melaksanakan kawalan risiko pintar waktu sebenar dan memintas transaksi yang mencurigakan bernilai lebih CNY1 bilion setiap tahun. Ia turut membantu sebuah syarikat insurans mengenal pasti dengan pintar kes penipuan yang mencurigakan, lalu mengurangkannya sebanyak lebih 50%.

Vincent Zhu, Naib Pengurus Besar Unit Perniagaan Tenggara di Chinasoft International (CSI), memperkenalkan penyelesaian bersama dan mendedahkan bahawa CSI telah bekerjasama dengan bank terkemuka di Asia Tenggara untuk melaksanakan inovasi dan pengujian bersama untuk pelbagai senario seperti menyediakan perkhidmatan pintar dan mencapai kawalan risiko waktu sebenar. Projek ini dijangka dimulakan untuk kegunaan komersial pada tahun 2019 dan merupakan satu pencapaian penting untuk kolaborasi Huawei-CSI dalam industri kewangan Asia Tenggara.

Zhu berkata: “Senarai tindakan komersial di Malaysia akan menjadi rujukan berharga untuk institusi-institusi kewangan lain di Asia Tenggara. Sepanjang 3 hingga 5 tahun akan datang, Huawei dan CSI akan membantu perusahaan-perusahaan kewangan di Asia Tenggara melaksanakan perkhidmatan kewangan pintar tanpa batas bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecekapan perniagaan, mempercepatkan peluang pertumbuhan dan mengurangkan kos. Pada masa depan, bank-bank akan semakin memberi tumpuan pada senario kewangan pintar dengan sokongan daripada penyedia perkhidmatan data dan repositori data tertumpu. Era kewangan AI semakin menghampiri.”

Tiga kelebihan yang membezakan pada penyelesaian bersama ini ialah ia bersifat tertumpu, pintar dan cekap. Ia membantu bank-bank menakrifkan semula repositori data tertumpu untuk kewangan dan mencapai analisis data yang lebih pintar dan pada waktu sebenar, mempercepatkan penukaran daripada data kepada nilai serta transformasi digital.

Sumber: Huawei

Sumber Berkaitan: https://www.huawei.com/en/

Komen

komen





Source link