Artikel Terkini

Permaisuri Zarith Sofiah Opera House bakal jadi pusat seni dan budaya di JB


JOHOR BAHRU: Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, “Permaisuri Zarith Sofiah Opera House” yang dibuka secara rasminya kepada umum malam tadi, bakal menjadi tarikan terbaharu bandar raya ini terutama bagi pelancong yang berminat dengan seni dan budaya.

Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi dan siap dibina pada tahun lepas itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri “premium” seperti muzikal, orkestra mahupun balet.

Berkenan merasmikan panggung berkenaan pada malam tadi ialah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Turut berangkat sama pada majlis perasmian itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Dengan perkenan daripada Sultan Ibrahim, panggung opera berkenaan diberi nama bersempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah. Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri

Dengan perkenan daripada Sultan Ibrahim, panggung opera berkenaan diberi nama bersempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah.

— BERNAMA





Source link