Artikel Terkini

Platform E-dagang, Shopee Membuka Pelbagai Kemungkinan


Platform e-dagang
nombor satu Malaysia, Shopee hari ini mengumumkan bahawa ia kini dapat
menghantar bahan makanan segar terus ke kediaman rakyat Malaysia. Kategori
baharu ini membolehkan daging segar, makanan laut dan sayur-sayuran dijual di
platformnya.

Kemudahan penjualan barangan segar secara atas talian dan penghantaran kepada pengguna akan membantu platform e-dagang tersebut terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri yang pesat berkembang. Ia akan membawa pembaharuan kerana rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan semua yang mereka inginkan dan perlukan secara atas talian melalui sebuah pasaran. Selain itu, platform ini telah membuka kunci potensi bagi kumpulan usahawan dan pedagang baharu, terutamanya nelayan dan petani yang sebelum ini tidak dapat menikmati perkembangan e-dagang dan menjual di pasaran atas talian terbuka.

Menerangkan
rasional bagi usaha perniagaan baharu ini, Ian
Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
berkata, “Persekitaran e-dagang
Malaysia masih lagi dalam tahap pertumbuhan yang hebat. Bagi kami, itu bermakna
ini bukanlah masa untuk memperlahankan diri. Kami mengenal pasti lebih banyak
bidang untuk diteroka, seperti segmen baharu, untuk mewujudkan persekitaran
membeli-belah dan menjual secara atas talian yang lebih dinamik. Kami berhasrat
untuk memperkasa dan memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan
bekerjasama secara langsung dengan nelayan dan petani di luar bandar Malaysia
untuk projek ini.”

Hasil segar akan
dijual pada mulanya di bandar-bandar utama di Lembah Klang melalui program
perintis sebelum dilancarkan di seluruh negara. Fish Club dan FreshTap yang
mengepalai pelancaran ini akan menawarkan lebih 60 jenis hasil segar yang
berlainan.

Sebagai perintis
dalam menjual makanan laut secara atas talian, Fish Club membawa tangkapan
segar dari kampung nelayan Pontian seperti ikan bawal, udang laut, ikan
senangin rambu empat serta salmon, belut dan kekapis yang diimport. Untuk
mengekalkan kesegaran, Fish Club menyimpan makanan laut dalam bekas vakum serta
membekukannya sebaik sahaja makanan laut tersebut dibuang sisiknya, disiang dan dipotong. Pengguna
yang membeli dari kedai rasmi Fish Club “fishclubmy” boleh menikmati
kadar rata RM20 untuk penghantaran, atau berbelanja sekurang-kurangnya RM300
untuk menikmati penghantaran percuma.

Mereka yang
inginkan daging segar dan makanan laut bersama-sama dengan sayur-sayuran hijau,
kekacang dan kentang boleh mendapatkannya dari kedai rasmi FreshTap
“freshtap.my”. Dihantar dan dipek segar dari Sekinchan dan Kuala
Selangor, pengguna akan dapat menikmati makanan segar dalam masa yang singkat.
Kadar penghantaran ialah kadar rata sebanyak RM12 di kedai ini.

Pengguna yang
membeli dari Fish Club dan FreshTap di Shopee akan menerima hasil segar dalam
masa 1 hingga 3 hari. Untuk memulakan pelancaran tawaran baharu ini di Shopee,
para pembeli bakal menikmati tawaran menarik: item seperti salmon, ikan dory,
udang, ayam, daging lembu, kerang dan sardin akan dijual pada diskaun 50%
semasa Jualan Kilat Shocking Sale
pada 3 dan 4 Mac 2020.

Kunjungi Fish Club di https://shopee.com.my/fishclubmy dan FreshTap di https://shopee.com.my/freshtap.my untuk menikmati kemudahan membeli hasil segar secara atas talian.

Lebih banyak
pedagang dan penjual hasil segar juga dijangka akan menyertai usaha ini pada
bulan depan. Ho menambah, “Kami
ingin meningkatkan penyertaan nelayan dan petani di platform kami untuk
membolehkan mereka menjual terus kepada pengguna. Memandangkan hasilnya akan
datang terus dari sumber, rakyat Malaysia boleh menjangkakan lebih
kepelbagaian, serta kesegaran dan harga yang lebih baik untuk barangan
tersebut.”

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di
Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk
menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah,
selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia
menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik
bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap
pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di
rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya
dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea
Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain
daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital,
Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah
untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi
penggunaan teknologi.



Source link