Artikel Terkini

Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia


Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia baru-baru ini, kadar pinjaman hartanah tidak berbayar atau lebih dikenali sebagai Non Performing Loan (NPL) menunjukkan peningkatan yang dinamik.

Hartanah tidak berbayar atau NPL ini merupakan jumlah wang yang dipinjam di mana penghutang tidak membuat pembayaran berjadual untuk tempoh tertentu.

Walaupun
unsur-unsur yang tepat dari status tidak berformat berbeza-beza, bergantung
pada syarat pinjaman spesifik, “tidak ada pembayaran” biasanya
ditakrifkan sebagai pembayaran sifar sama ada pokok atau bunga.

Tempoh yang ditentukan juga berbeza dan bergantung kepada industri dan jenis pinjaman. Walau bagaimanapun, pada amnya tempoh tersebut adalah 90 hari atau 180 hari.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Pada tahun 2011,
purata pinjaman hartanah tidak berbayar di Malaysia adalah pada kadar RM6.87 bilion. Angka ini menurun kepada
RM5.95 bilion pada 2012 dan menurun
lagi kepada RM5.43 bilion pada tahun
2013.

Menjelang tahun
2014, angka NPL adalah pada angka RM5.08
bilion
dan menurun kepada RM5.07
bilion
pada 2015 dan meningkat kepada RM5.22
bilion
pada tahun 2016.

Angka ini terus meningkat
kepada RM5.57 bilion pada tahun
2017, RM5.99 bilion pada tahun 2018
dan akhirnya mencatatkan angka tertinggi pada suku ketiga 2019 dengan angka RM6.52 bilion. 

Baca : Jauhi Cashback Hartanah Sebelum Terjerat

Sungguhpun nilai NPL di Malaysia semakin
meningkat, portfolio hartanah pada tahun 2011 adalah pada angka RM240 bilion.
Manakala pada tahun 2019, angkanya meningkat kepada RM600 bilion

2 Punca Non Performing Loan Di Malaysia

Terdapat pelbagai faktor makro dan mikro yang menjadi punca kepada NPL di Malaysia. Dalam industri hartanah, terdapat sekurang-kurangnya dua punca kepada isu ini.

1. Dasar Pengembangan Monetari

Dasar pengembangan monetari adalah apabila bank pusat menggunakan pendekatan merangsang ekonomi.

Kesannya, bekalan
wang akan bertambah, kadar faedah akan menurun dan meningkatkan permintaan
pinjaman.

2. Pinjaman Perumahan Yang Mudah

Seiring dengan
kempen Kerajaan yang menggalakkan peningkatan pemilikan hartanah di kalangan
rakyat Malaysia, akses pinjaman perumahan dari bank juga telah dilonggarkan.

Kesannya, akan terdapat penghutang yang gagal membayar semula pinjaman mengikut tempoh dan sekaligus meningkatkan kadar pinjaman NPL.

4 Penentu Non Performing Loan Di Malaysia

1. Keluaran Dalam Negara Kasar

Kadar peningkatan tahap pertumbuhan KDNK sangat mempengaruhi kadar NPL. Dalam situasi pembiayaan hartanah, kapasiti pembayaran balik peminjam akan meningkat apabila kadar pertumbuhan KDNK meningkat.

Baca : Apa Itu Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)

Dan apabila berlaku
kejatuhan ekonomi yang mengurangkan menyebabkan pertumbuhan negatif KDNK,
penghutang tidak mampu membayar hutang mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

2. Inflasi

Kajian telah
menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kadar NPL dan tahap
inflasi sebuah negara.

Tahap inflasi
sebenarnya mempengaruhi peratus kadar faedah pinjaman hartanah. Apabila sebuah
negara menghadapi tahap inflasi yang tinggi, peminjam berdepan kesukaran untuk
membuat bayaran balik pinjaman haranah kerana peningkatan kos modal dalam
pembiayaan mereka.

Akan tetapi,
apabila inflasi mencapai satu tahap tertentu, nilai hutang dan kuantiti
pinjaman hartanah akan berkurang menyebabkan akses pinjaman menjadi lebih
mudah.

3. Kadar Pinjaman

Antara sebab lain
kadar pinjaman hartanah tidak berbayar (NPL) meningkat adalah apabila kadar
pinjaman dinaikkan.

Baca : Pembiayaan Perumahan Dilanjutkan Sehingga 40 Tahun. Bagus Ke Tak?

Apabila institusi
kewangan meningkatkan kadar pinjaman, mereka secara tidak langsung telah
meningkatkan komitmen peminjam dan mengurangkan keupayaan peminjam untuk
membuat pembayaran balik pinjaman.

Begitu juga
sebaliknya apabila kadar pinjaman bank dikurangkan.

4. Pendapatan Isi Rumah

Kesan daripada
penurunan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan isi rumah menyebabkan kualiti
pinjaman dan pinjaman tidak mampu dibayar mengikut tempoh waktu yang
ditetapkan.

Apabila pendapatan
isi rumah mencapai satu jumlah pendapatan yang sesuai, maka kemampuan peminjam
untuk membuat pembayaran balik pinjaman adalah lebih tinggi.

Baca : Harga Dan Transaksi Hartanah Malaysia 2008-2018

Kadar Non Performing Loan harus dikekalkan ke paras yang lebih stabil bagi mengelakkan pelbagai isu ekonomi di Malaysia.

Untuk itu,
institusi kewangan perlu mengambil langkah proaktif dengan mengelakkan dasar
pengembangan monetari dan akses pinjaman yang lebih mudah.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan adakah kadar NPL mampu turun dalam masa terdekat. Apa yang pasti, keadaan ekonomi yang perlahan ini berkemungkinan besar akan berlanjutan untuk beberapa tahun lagi.



Source link