Artikel Terkini

Rakyat Malaysia #BolehRayaDenganBoost dari Keselesaan Rumah


Ramadan dan Hari
Raya Aidilfitri akan diraikan secara sangat berlainan tahun ini. Buat pertama
kali, sejumlah pengguna tak terjangka akan menggunakan teknologi di hujung jari
untuk mendapatkan keperluan di bulan 
Ramadan yang mulia serta sambutan Hari Raya yang akan datang.

E-dompet gaya hidup tempatan Boost membantu
rakyat Malaysia menyambut erti sebenar Ramadan dan Raya secara kreatif dengan
kempen #BolehRayaDenganBoost. Dari membayar zakat,
membeli-belah baju Raya dan makanan serta menyediakan juadah Raya semua dapat
dilakukan dengan selamat, mudah dan lancar.

“Dalam suasana yang
tidak menentu akibat wabak COVID-19 ketika ula Ramadan, Boost ingin membawa
erti bulan suci dan keriangan menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan pelbagai
pilihan fleksibel untuk merancang persiapan anda. Seperti yang dilihat dalam
beberapa minggu yang lepas, orang Malaysia sekarang bukan sahaja semakin celik
teknologi tetapi juga kreatif dalam menggunakan teknologi untuk melalui tempoh
ini yang luarbiasa. Pendek kata, Boost ingin menjadi rakan digital anda dalam
mendekatkan Ramadan dan Raya kepada anda dan
keluarga,” kata Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie, Pengarah Produk dan
Pemasaran Boost
.

#BolehBeramalDenganBoost

Sempena Ramadan, orang Malaysia boleh beramal dengan
Boost. Untuk tempoh 30 hari mulai hari ini, Boost akan mengetengahkan satu
badan amal setiap hari, untuk meningkatkan kesedaran awam tentang betapa mudahnya
untuk berhubung dan membantu mereka yang memerlukan dengan hanya mengetik jari  di skrin smartphone dengan cara yang
selamat, mudah dan lancar untuk memberi sinar cahaya kepada golongan kurang
bernasib baik.

Ketika ramai meraikan kedatangan Ramadan dari
keselesaan rumah, petugas kesihatan barisan hadapan terus berikhtiar untuk
memastikan kesihatan semua. Bagi menyokong usaha mereka dari jarak yang
selamat, pengguna Boost boleh terus menderma kepada ‘Tabung COVID-19’ anjuran
Boost. Sehingga kini, tabung telah menerima sumbangan sebanyak RM450,000
daripada masyarakat Malaysia yang murah hati. Derma yang diterima akan
disalurkan kepada Kementerian Kesihatan serta Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) dan NGO yang membantu keluarga yang terkesan secara langsung oleh
coronavirus.

#BolehDapatTerbaik Dengan Boost

Dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP)
dilanjutkan sehingga 28 April 2020, Boost kekal komited untuk membantu rakyat
Malaysia menyambut Raya sambil memelihara kesihatan serta membawa kemeriahan
sehingga ke pintu depan semua. Keriangan Raya di rumah bertambah dengan ganjaran
dan ‘cashback’ untuk berbelanja lebih banyak lagi. Pengguna Boost boleh
mendapatkan segala keperluan, dari baju Raya ke bahan masakan untuk resipi
juadah yang lazat, serta penghantaran makanan dan pengiriman Duit Raya kepada keluaraga
dan kenalan rapat.

Boost menyediakan tawaran Raya yang menarik dengan ‘cashback’ dari rakan niaga
utama termasuk:

  • Pakej buka puasa dari PichaEats, dahmakan dan DeliverEat
    serta tawaran penghantaran makanan oleh Pizza Hut dan tawaran take-away
    di KFC.
  • Jenama fesyen seperti
    ZALORA, MIMPIKITA, NAELOFAR, L’Oréal dan HERMO.
  • Tawarn hebat dalam talian di Courts Online Store
    dari rangkaian kedai perabot dan perkakas elektronik Courts
  • ‘Cashback’ untuk pengguna yang membayar bil dan
    menambah nilai kredit telefon mudah alih melalui Boost, untuk transaksi bayaran
    yang mudah supaya pengguna sentiasa berhubung dengan keluarga dan kenalan yang
    tersayang.
  • Peminat e-games dan
    hiburan boleh menikmati tawaran daripada Garena, SEAGM, PUBGM dan Viu untuk
    mengisi masa ketika tempoh PKP.

Kepada mereka yang memiliki sebab kukuh untuk berkunjung ke kedai, dengan
Boost mereka boleh berurus tanpa tunai, serta menikmati tawaran di lokasi
seperti Tesco, Mydin, Giant, Aeon Big, Servay, Bataras, Farley, Everrise,
Sunshine, C-Mart, TMG Mart dan farmasi termasuk Watsons, Guardian, Caring,
Alpro Pharmacy dan BIG Pharmacy.

Boost juga akan
memperkenalkan ciri baharu di app dalam satu bulan yang akan datang bagi
membolehkan lebih banyak penjimatan dan tawaran, jadi pengguna harus menyemak
kemaskini di app.

Meskipun tahun
ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, rakyat Malaysia boleh bergantung
pada Boost sebagai rakan e-dompet gaya hidup untuk semua urusan Ramadan dan
Raya. Pengguna Boost dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan social (social
distancing)
dan berurus secara tanpa tunai bagi pengalaman membeli-belah
yang lebih selamat, sambil kita bersama-sama memerangi ancaman COVID-19.

Mengenai Boost

Boost adalah aplikasi e-dompet gaya hidup
‘homegrown’ yang bertujuan merevolusi cara pengguna melakukan transaksi harian.
Menggabungkan keperluan gaya hidup dan teknologi digital masa kini, Boost
berusaha untuk memudahkan transaksi, lebih pantas, lebih selamat & memberi
lebih manfaat kepada pengguna secara keseluruhan.

Boost dilancarkan secara rasmi pada
Januari 2017, sebagai satu platform mendigitalkan salah satu perkhidmatan teras
syarikat telekomunikasi – cara pengguna menambah kredit prabayar mereka. Boost membolehkan
pengguna membuat pembayaran dengan telefon bimbit di rakan kongsi Boost tanpa
tunai atau kad kredit. Pada akhir bulan Mac 2020, 7.3 juta pengguna Boost
kini boleh membayar di lebih daripada 152,000 rakan niaga di seluruh negara.

Ciri-Ciri Utama:

  • Ganjaran melalui BoostUP
  • Ganjaran untuk belanja dalam talian melalui
    CashUp
  • Bayar di peniaga QR UnionPay di Malaysia
  • Membayar bil utiliti dengan rakan kongsi
    seperti Telekom Malaysia, Astro dan Syabas
  • Membayar tempat letak kereta di tepi jalan
    dan berpagar
  • Perkhidmatan bantuan tepi jalan dan
    penyelenggaraan kereta
  • Tempahan dan pembelian tiket pengangkutan
    awam – KLIA Ekspres, KTM, EzCab, CatchThatBus dan Firefly
  • Derma tanpa tunai #DoGoodWithBoost
  • Membeli dan menawarkan baucar digital untuk
    kedia F&B, hiburan, kesihatan & kecantikan
  • Pemisahan bil melalui ciri unik “Go
    Dutch”
  • Membeli prabayar
  • Pemindahan wang dengan percuma
  • Perkhidmatan penghantaran makanan melalui DeliverEat, dahmakan dan
    Eatigo

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play
Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).





Source link