Artikel Terkini

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini dengan permintaan belum lagi meningkat, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1400/1440 semalam.

Peniaga itu berkata lebih banyak pelabur mengalihkan minat terhadap mata wang selamat selepas kedua-dua gergasi ekonomi dunia Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju dengan ‘fasa pertama’ perjanjian perdagangan mereka.

“Bagaimanapun, pasaran kekal berhati-hati kerana AS tidak menunjukkan sebarang petunjuk mengurangkan lagi tarif pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0544/0584 daripada 3.0542/0583 dan susut berbanding euro kepada 4.6107/6179 daripada 4.6086/6148.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7791/7847 daripada 3.7836/7876 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5016/5099 daripada 5.5194/5264.

— BERNAMA





Source link

Related Posts