Artikel Terkini

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam sesi awal dagangan pagi ini susulan peningkatan minat risiko dalam kalangan peniaga berikutan keadaan ketegangan geopolitik yang semakin mereda

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.0565/0595 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0610/0640 pada Isnin.

Public Investment Bank dalam satu nota penyelidikan berkata keyakinan tinggi ketika para pelabur menunggu permeteraian fasa pertama perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dijadualkan lewat minggu ini selain persediaan bagi musim pendapatan suku keempat yang sudahpun bermula.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Asia AxiTrader, Stephen Innes berkata ringgit mendapat permintaan tinggi daripada mata wang pengeksport Asia dan terutamanya penghasil tinggi.

“Aliran masuk meningkat ketara dan ringgit juga meraih manfaat daripadanya,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat kepada 3.6830/6864 daripada 3.6965/6999 berbanding yen Jepun dan naik kepada 3.0122/0155 berbanding dolar Singapura daripada 3.0146/0177 pada Isnin.

Ringgit, bagaimanapun, turun berbanding pound Britain kepada 5.2710/2753 daripada 5.2675/2730 dan susut berbanding euro kepada 4.5177/5215 daripada 4.5130/5179.

— BERNAMA





Source link

Related Posts